Semakin kuusir semakin ia hadir,
Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran,
Kusedar kini,
HATIKU
MILIKMU
Biarpun jauh kularikan diri,
Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri…
Penulis:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Editor:DR. SALBIAH SELIMAN
SINOPSIS
Umar Al-Mujahid keliru. Hatinya direntap dua cinta
berbeza. Sukar
untuknya menilai kerana hakikat kedua-dua cinta itu
indah di matanya.
Antara cinta yang pasti dan tidak pasti, Umar
Al-Mujahid akur pada
situasi. Dia memilih cinta yang pasti berbalas
daripada seorang gadis jelita.
Kehadiran gadis itu benar-benar mengubat luka
penantiannya. Dia tidak mahu
lagi mengharap pada cinta yang tidak pasti daripada
si dia yang dianggapnya
tidak sudi. Umar sudah putus asa dengan cinta si
dia. Namun, hatinya tak
pernah mengerti. Bayangan si dia tetap juga
menghantui.
Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara
imannya berbicara. Antara
dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya
terkesima pada cinta Allah
dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah
dan da’wah yang
pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta
yang cuba diusir daripada
hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia
yang tak berbalas. Baginya,
tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas
cintanya. Namun,
tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut
cintanya. Cinta perjuangan itu
memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman
tercinta,
terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah
Taman Islam. Rupa-
rupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di
sebalik cinta tarbiyyah dan
da’wah.
‘’Hatiku milik siapa?’’ Umar Al-Mujahid terus
mencari. Dia mengalami
konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk
menempuh ranjau dan duri di
universiti. Akhirnya, suara iman memberikan
jawapan.
Apakah dilema cinta yang dihadapi?
Apakah rahsia dia boleh berinteraksi dengan
imannya?
Apakah kesudahan cinta Umar Al-Mujahid?
Kepada siapa akhirnya diserahkan hatinya?
Dan banyak lagi persolan yang tersimpul dalam
episod hidup Umar Al-Mujahid.
Rungkaian kepada persoalan-persoalan yang
melingkari kisah ini akan
membawa pembaca bertanya diri sendiri,
‘’Hatiku pula milik siapa?’’.
HATIKU MILIKMU
(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…aku
tak nak seksa perasaan
aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu
satu penyiksaan. Bertahun-
tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama
dengan satu mesej kepastian
daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah
jiwanya sentiasa resah. Entah bila
penantiannya akan berakhir dengan satu
jawapan.Entah bila…
‘’Umar, kau nak beli sim card baru, kan?’’ soal
Fathil tatkala melihat teman
sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..
‘’A’ah!’’ Umar mengangguk ringkas.
‘’Beli yang aku punya je lah,’’ tawar Fathil.
‘’Separuh harga?’’ acah Umar.
‘’Beres. Kau nak sekarang ke?’’
‘’Tak nak…’’ Umar acuh tak acuh.
‘’Cis, buang karen je!’’ bentak Fathil.
‘’Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan
aku. Kau nak jual betul-
betul ke ni?’’ Umar meragui.
‘’Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?’’ Fathil
berwajah serius.
‘’Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau
beli sim card tu? Tiba-tiba
nak jual, mesti ada apa-apa,’’
‘’Tak sampai pun sebulan…’’ Fathil membetulkan
fakta.
‘’Habis tu, nak beli yang lain pulak?’’
‘’Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari
mak we aku. Malas nak ada
apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru
aku,’’
‘’Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik
dating pun, boleh clash
jugak?’’
‘’Biasalah…lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy
aku pun, aku nak cari
perempuan baik tau. Dia ni emm…tak kena selera
gadis idaman aku lah. Aku
malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar…tak
pernah bermak we,’’ Fathil
meluahkan.
Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya
asyik mendesak dia
menceritakan tentang seorang lelaki. Teman
wanitanya terlihat lelaki itu
membonceng motornya pada suatu petang dan asyik
memuji ketampanannya.
(Siapa yang tidak cemburu…dan, kau tahu
Umar….kaulah lelaki itu)
‘’Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau…’’
Umar menyindir.
‘’Eleh…nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku
clash pun sebab aku tak
nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain
lah,’’
‘’Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi
mangsa kau kali ni,.. Dasar
playboy!’’ sinis mengenakan Fathil sambil
tersenyum.
‘’Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu
tak berani macam aku nak cari
mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus!
Penakut!’’ Fathil pula
mengenakan Umar.
‘’Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah…aku malas
je!’’
‘’Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada
aku, Aku cabar kau tackle
Maziah,’’ Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar
akan tewas dengan
cabarannya.
‘’Maziah mana pulak ni?’’
‘’Classmate aku. Sombong betul dia…buat aku
tercabar je. Nanti ada peluang
aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok
giler kat dia. Aku suruh
kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,’’
‘’Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je
lah tackle dia,’’
‘’Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan…
Kau tahu tak, Maziah ni
bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit
lah. Sebab tu kalau kau boleh
tackle dia, memang aku tabik kat kau,’’
‘’Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je
tackle perempuan..’’ Umar
menolak cabaran.
‘’Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak
kan percaya selagi kau tak
tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau
berani, aku cabar kau tackle
Maziah dengan cara apa sekalipun…’’ wajah Fathil
hambar. Dia keluar
meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan
malamnya di cyber café,
manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana
awek dalam laman chit-
chat.
(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak
baik juga lah…) bisik Fathil.
Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke
dalam handset.
Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.
‘’Hello! Fathil…’’ suara lunak seorang gadis
menerjah masuk ke gegendang
telinga Umar.
‘’Err, hello. Fathil tak der,’’ Umar gugup
berhadapan suara itu.
‘’Ah, alasan je tu! Fika tak percaya… Fika nak
cakap dengan Fathil, cepatlah…’’
suara itu mendesak.
‘’Betul…dia keluar. Sumpah!’’ Umar meyakinkan.
‘’Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak
angkat?’’
‘’Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah
jadi nombor saya,’’
‘’Fika dah agak…dia memang nak larikan diri dari
Fika. Tak tahu apa salah
Fika…semua jantan memang macam tu, suka permainkan
perempuan,’’ suara
itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.
‘’Tapi, tak semua….’’ Umar membela kaumnya.
‘’Fika tak pernah jumpa pun….semua lelaki yang Fika
kenali tak boleh harap,’’
‘’Err, suatu hari nanti jumpa lah….’’
‘’Huh, entah bila…’’
‘’Berdoalah pada Allah,’’
‘’’Berdoa?’’ gadis itu ketawa terbahak-bahak
mendengar saranan Umar.
(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.
‘’Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa
24 jam. Untung-untung,
putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya.
Okey, bye!’’ gadis itu
melawak sambil ketawa lagi.
Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia
bercakap dengan perempuan
melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja.
Suasana di Sekolah Taman Islamnya
dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang
untuknya mengenali seorang
perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk
berhubung begini. Kali
pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu awal
masuk ke universiti.
Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu
ialah Asiah Yusro,
perempuan yang terkenal dengan waro’ di sekolahnya
dulu.
Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika
itu terus terngiang-ngiang di
pendengaran.
(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun
menawan. Lagipun, Fathil syok
kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa
boleh clash pulak?)
(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni….)
Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di
hatinya. Tiba-tiba irama
handsetnya berbunyi lagi.
‘’Hello, Fika ni!’’
Gurlp! Umar menelan liur.
‘’Hello!’’ balas Umar.
‘’Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara
jugak tak kenalkan diri pun,’’
Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar
menggetarkan hatinya.
‘’Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar
Kejururawatan. Saudara?’’
‘’Err…Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,’’
‘’Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho…’’
‘’Ish, tak der lah. Biasa je…’’
‘’Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau
Fika panggil abang Umar,
boleh?’’
‘’Abang?!’’ Gurlp!!!
‘’A’ah….tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa.
Boleh kan abang Umar?!’’
‘’Err…’’ kelu lidah Umar.
‘’Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika
call lagi. Kalau rindu Fika,
sms lah…miss you my hero! Ummmwah…’’
Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur.
Fikirannya jauh menerawang.
Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai
bisikan-bisikan asyik
tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus
selunak buluh perindu itu
terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis
tapi kali ini dia tak berdaya
lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar
mengukir senyum sendiri.
‘’Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?’’
Fathil mengajak.
Kepalanya ligat mengatur strategi untuk
mempengaruhi Umar. Dia mesti bijak
menjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan
Fika. Baru petang tadi dia
diburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu.
Akhirnya dia menjanjikan
sesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia tak boleh
bebas daripada gadis yang licik
itu selagi Umar tak dijadikan penggantinya.
‘’Tak minat!’’ balas Umar. Ringkas.
‘’Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni… Jom
lah Umar, aku bukannya
ajak kau club in, tengok teater dalam universiti
je. Lagipun, bukan ada apa-apa
malam ni…bosanlah!’’
‘’Aku tak nak!!’’ tegas Umar.
‘’Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan
pergi disco. Kau sanggup
tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?’’
Fathil tahu kelemahan
Umar, seterusnya cuba menjerat.
‘’Tapi…Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak
datang malam ni…’’
‘’Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik
aku chow cepat-cepat. Aku
segan lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu,
aku pulak geng setan. Ntah
macam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng
diorang jugak, kan?!’’
‘’Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu…Tapi Hanif
ngan Faizi bukan! Mereka
kawan baik aku,’’
‘’Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak
sebulu ngan aku…’’
‘’Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila
macam kau jugak tau. Ingat
aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan
dengan diorang. Asyik nak
ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman
sekolah dulu lagi agaknya,’’
‘’Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah…’’ Fathil
ragu-ragu.
‘’Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!’’
‘’Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap
je tapi kena tunjukkan.
Macam ni lah yang aku nak…’’
Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar
membonceng di
belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang
bakal diatur antara
Umar dan Fika.
‘’Eh..eh.. Maziah lah!’’ Fathil tak menyangka
terserempak dengan Maziah.
‘’Yang mana?’’
‘’Tu, tu, baju putih…’’
Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti
gadis berbaju putih yang
sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa
orang kawannya.
Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil
menyebabkan pandangannya
mampu menatap wajah Maziah sekilas cuma.
‘’Nampak tak?’’ suara Fathil agak meninggi melawan
frekuensi angin.
‘’Sikit-sikit je..kau bawa motor laju
sangat,’’balas Umar.
‘’ Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul
tau…’’ Fathil bertindak seperti
apa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian
bas itu, dia memperlahankan
motorsikalnya sambil berteriak gatal,
‘’Maaaziaaahhhh…!’’ Gadis itu memandang tepat.
Kawan-kawannya juga turut
memandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil
hinggakan motorsikal yang
dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat
cover.
(Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana
ya?) bisik Umar.
Umar cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi.
Matanya beralih fokus kepada
seseorang.
(Eh, Asiah Yusro?!)Dia terperanjat melihat gadis
yang berada di tepi Maziah
ialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya.
(Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik
motor dengan budak gila-
gila macam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak
thiqoh lagi. Ahh,..biarkan. Boleh
blah lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu…kaulah
wanita paling kejam.
Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!)
Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan
besar universiti.
Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi
oleh Umar.
‘’Lawa si Maziah, kan?!’’
‘’Kau memang…cari orang lawa je!’’
‘’Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi
baik, tau!’’
‘’Buktinya?’’
‘’Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak
terjaga…’’
‘’Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu
berpotensi besar buat jiwa
kau terseksa,’’ Umar belajar daripada pengalaman.
‘’Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu
tengok perempuan,’’
‘’Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti,
dalam masa sesaat pun aku
boleh cari mak we,’’
Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil.
Seorang gadis berwajah
jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.
‘’Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!’’ marah gadis
itu. Comel.
(Fika?! Gurlp!!)
‘’Umar, kau bertuah malam ni…memang sesaat pun!’’
Fathil separuh berbisik.
Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata
itu.
‘’Err, tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari
pengganti untuk Fika. Bukan
Fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang
yang lebih baik untuk Fika
berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil
pada Fika. Kenalkan ni Umar
Al-Mujahid. Dia boleh jadi pak we baru
Fika,’’pandai Fathil menyusun ayat. Dia
memang mahir bertanam tebu di pinggir bibir.
Hatinya melonjak-lonjak riang
kerana boleh bebas daripada perempuan yang dianggap
merimaskan ini.
Lagipun dia tahu, memang itu yang Fika inginkan.
Fika tentu gembira melihat
lelaki misteri yang membonceng motornya tempoh
hari, kini ada di depan
matanya.
Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas
dengan renungan tajam gadis
itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang
mula berkuntum dari
bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima
merekah.
(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.
(Wow, 10 kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam
Hritik Roshan..) Fika pun
turut terpegun dengan ketampanan Umar.
Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan
Fika. Si gadis
jelita. Teknologi sms ‘dimanfaatkan’ sepenuhnya
sebagai penghubung saban
hari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka
berbalas sms.
(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang,
mandi tak basah. Inikah
makna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)
Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan
memiliki seorang teman wanita
sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil.
Memang seronok! Umar tak
mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja
yang menipu daya. Dia
membiarkan dirinya terus dan terus hanyut dipukul
badai cinta yang kian
bergelora. Cinta yang terumbang-ambing di samudera
luas dan tak tertinjau
tepiannya. Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi
indah,siangnya teruja dek
warna-warni cinta. Cinta itu indah.
(Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap
makna cinta di hati ini… Fika,
bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku
milikmu! Oh, Fika…)
Tok!Tok! Assalamualaikum…
Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar
tatkala pintu biliknya
diketuk.
‘’Umar ada?’’ seraut wajah bersih seorang lelaki
tercegat di depan biliknya. Bibir
lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur
untuk berjabat tangan
dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.
‘Saya Banna… Hassan Al-Banna,’’ lelaki itu
memperkenalkan diri.
‘’Kenal…selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu
nama. Kau duduk kolej
sebelah, kan?!’’
‘’Mmm…awak?’’
‘’Aku Fathil,’’. Sejurus selepas itu Fathil melaung
memanggil Umar.
‘’Umar, kawan kau datang!’’ Tiada laung balas.
Senyap. Handset Fathil pula
berirama minta diangkat.
‘’Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak
pergi lah ni,’’. Fathil tergesa-
gesa mengikat tali kasut.
‘’Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam
compartment dia tu!’’ Ujar Fathil
kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru
keluar sebaik sahaja tali
kasutnya kemas diikat.
Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak
tidur. Tidur
petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna
menjeling kepada satu
mesej yang tertera di skrin handset.
Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita
jumpa kat PWTC nak?
Bolehlah bang…plizzzzzz….luv u!!! Fika saaaaaayang
abang. Ummmwahhh!
Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan
matanya bagaikan tidak
percaya.
(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.
Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang.
Fathil masuk tergesa-gesa tanpa
membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul
biru muda.
(Tertinggal agaknya…)Banna memandang Fathil dengan
senyuman.
‘’Dia tak bangun lagi ke?’’ Fathil sempat menjenguk
Banna di dalam
compartment Umar.
‘’Emm..tak lagi!’’ balas Banna masih tersenyum.
Fathil mendengus lalu
menggoyang-goyangkan bahu Umar.
‘’Woii, bangunlah….kawan kau datang ni!’’ tengking
Fathil. Umar menggosok-
gosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin
handset seketika, kemudian
pantas menutupnya.
‘’Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai
tertidur. Aku nak ajak keluar pun
susah sekarang ni,’’ leter Fathil . Hati Banna
makin curiga dengan Umar.
‘’Err, nak ke mana tu?’’ Banna sempat bertanya.
‘’Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week,
bolehlah membeli sambil
ngorat mujahidah…’’ Fathil ketawa berdekah-dekah
dengan lawaknya. Banna
turut tersenyum.
‘’Chow dulu…’’ Fathil melemparkan senyuman ramah.
(Bagus dia, mudah masuk ngan orang…) hati Banna
memuji Fathil.
Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang
untuk mengajak
Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group
bagi pelajar-pelajar
lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta
yang tidak asing lagi di
negeri Utara. Namun, tak semua orang yang
menyertainya berasal daripada
sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart
group ditubuhkan bertujuan
untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal
akademik, akhlak, isu semasa,
tarbiyyah dan da’wah. Smart group juga dapat
mengikat hati-hati mereka agar
tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan
suasana yang mendidik.
Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran
bahawa fatamorgana
dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap
jiwa yang hajat kepada Islam
perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group
kecil agar mereka boleh
lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi
cabaran jahiliyyah.
(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam
dengan Asiah Yusro… Aku
dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan
pelajar Sekolah Taman
Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group,
namanya pun sudah jelek
aku mendengarnya!)
‘’Banna, ana ada hal lah esok,’’ Umar masih
mengekalkan ganti nama ana yang
cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
‘’Hal apa yang lebih penting dari smart group?’’
‘’Err…nak buat assignment, banyak lagi tak siap.
Hari Isnin ni dah kena hantar,’’
Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
‘’Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik
nta. Sambil-sambil tu, kami
semua boleh tolong nta siapkan assignment..’’ Banna
menawarkan pertolongan.
‘’Eh, tak yah lah…ana boleh buat sendiri,’’Umar
menolak.
‘’Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun
sejam. Insyallah, kalau nta
datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk
buat asignment . Kalau kita
tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart
group bukan benda main-
main, ianya tanda sensitiviti kita pada agama.
Sahabat-sahabat kita semuanya
dah cukup rindu kat nta,. Masuk ni, dah tiga kali
nta tak datang. Bayangkan tiga
minggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat
kita tak risau?!’’
(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat
sungguh! Tapi, aku dah bosan
dengan smart group…)
‘’Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta
ke mana? Bukan ke kita dah
janji?!’’ Banna melontarkan persoalan.
‘’Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada
urusan. Ana temankan dia.
Tak sempat nak hantar mesej kat nta,’’
‘’Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik
kat nta. Nta tetap sahabat
kami sampai bila-bila. Datanglah esok…’’
‘’Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah
kat semua. Kalau ditanya,
katakan ana banyak assignment,’’
‘’Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia
kata puas dia contact nta tapi tak
dapat-dapat,’’. Wajah kebapaan bekas guru di
Sekolah Taman Islam yang kini
sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran
Umar. Baru semalam dia
bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat
mengelak.
(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan
dengan bicaranya tentang
tarbiyyah dan da’wah. Tarbiyyah, da’wah? Pergi
jahanamlah…aku dah meluat.
Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)
‘’Ana dah tukar sim card?’’jawab Umar bersahaja.
‘’Kenapa tak inform?’’
‘’Ana nak rahsiakan nombor ana,’’ Umar tak
berselindung.
‘’Kenapa ni Umar?’’hairan Banna dibuatnya.
‘’Ntah?!Bosan…’’getus Umar. Wajahnya berkeriut
kebencian.
‘’Bosan? Bosan dengan apa?’’
‘’Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana
rasa terkongkong. Betul-
betul bosan! Rasa muak bila diajak ke
program-program tarbiyyah terutamanya
smart group. Tolonglah…ana tak nak dengar perkataan
tu lagi, bosan! Ana tak
nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain.
Ana tak tahan dan
memberontak bila kat sini pun korang semua masih
nak kongkong ana macam
kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah,
da’wah, tarbiyyah…ahh,
meluat!’’terpancul kata-kata yang sarat luahan.
(Kenapa aku luahkan semua ni?
Ahh…biarkan…biarkan…dah lama benar ia
terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin
memercik di dahi.
Banna terpaku.
(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke
ni?)
‘’Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?’’ Banna
mengungkap.
(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)
‘’Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas
yang sangat ana kagumi.
Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu….. diri
kita ibarat cawan. Kalau kita tak
tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul
angin akan masuk.
Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang
dengan ilmu dan iman, anasir-
anasir lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah
untuk mengisi diri kita
dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan
tak hilang dalam hati. Kita
terlalu hajat pada hidayah Allah,’’ Banna
menyambung lagi,
‘’Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan
kembali kepada Allah. Kita
tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis
diri kita daripada
mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu
lah kita perlu bersyukur
dengan hidayah Allah dan perlu berusaha
mengekalkannya. Allah dah
tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa
kita nak sia-siakannya?’’
‘’Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan
mendengarnya,’’ jiwa Umar
gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.
(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana
semua tu lah, aku
mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku
terseksa. Aku juga tahu,
kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas
cintaku. Semua tulah yang
merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
‘’Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah.
Fikirkanlah, sampai bila nta nak
berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan
selamanya begini. Kita akan
mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan
orang-orang yang rugi?’’
Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna
terdiam.
(Ahhhhhhhhh….bosannya!!! Tapi, betul juga cakap
Banna)
‘’Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat
nak bangun balik. Nantilah,esok
kalau ada masa ana datang smart group,’’ jiwa Umar
terusik. Banna tersenyum.
Air liurnya tak terbuang sia-sia.
‘’Ana akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami semua
akan tunggu nta. Ingat,
sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya
mas’ul kita, Dr Azmin,’’
Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.
‘’Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang
ada tetamu ni…’’ Umar
menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu
meminta diri.
‘’Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik
kembar ana kat stall jap,
Assalamualaikum. Jumpa lagi,’’ Banna bangun
beredar. Umar membalas salam.
Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar
menjawab panggilan itu dengan
suara lembut. Banna menjeling.
(Adik dia kot…)hati Banna cuba berbaik sangka.
Namun, otaknya ligat berfikir
sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat
dicuri-curi baca sebentar tadi,
lalu dia membuat satu sms.
Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di
PWTC, kul 5.30 ptg esok.
Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret
tersusun berhampiran
dewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia
mencari gerai kepunyaan
Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ.
Dari jauh, Banna melihat
adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik
adiknya sedang sibuk
menyusun buku-buku di gerai mereka.
(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah….)hati Banna
berbisik. Dia mengakui
hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro,
mawar mujahidah acuan Sekolah
Taman Islam yang sangat dihormati kerana
ketokohannya dalam tarbiyyah dan
da’wah. Lantaran itu, hatinya akan segera
beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya
dibiarkan parah dibaham mazmumah.
Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati
gerai Kelab Penulisan.
‘’Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,’’
Banna mengajak adiknya
beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta
izin daripada Asiah Yusro.
Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir
senyuman. Sebelum beredar
bersama abangnya, Maziah sempat mengambil
cebisan-cebisan kertas berwarna
biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah
buku.
‘’Kertas apa tu?’’ Banna menjeling.
‘’Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli
Maziah membaca ayat-ayat yang
ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah
mengoyaknya. Maaf, tak sempat nak
tunjuk kat abang..’’ Maziah meyerahkan
cebisan-cebisan kertas itu ke tangan
abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
‘’Lelaki ke?’’
‘’Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni,
bang…’’
‘’Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan
cinta macam ni akan datang
silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada
tarbiyyah agar kita tak hanyut
nanti.,’’nasihat seorang abang.
‘’Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah
tu milik Allah…Maziah
takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika
tergoda dengan ujian ni. Allah tak
perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu
memerlukan hidayah-Nya untuk
selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga
hidayah Allah, ia boleh pergi
meninggalkan kita, kan bang?!’’
(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada
adikku. Wanita yang
ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
‘’Mmm.Sama-samalah kita berdoa….’’ Banna mengangguk
setuju.
‘’Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang
je kad yang aku beli
mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,’’ bentak
Fathil yang berada selang
beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
‘’A’ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we
dia pulak kad kau tu. Aku rasa,
tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk.
Melampau diorang ni, Fathil,’’
tambah Joe.
‘’Dating depan orang ramai pulak tu,’’ darah Fathil
mendidih.
‘’Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang
aku bengang sangat, aku kenal
pak we dia tu,’’gigi-gigi Fathil dicengkam kuat,
bergemerincing.
‘’Siapa?’’
‘’Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia
budak waro’, tapi sama
setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja
dating depan aku, nak
sakitkan hati aku lah tu,’’
‘’Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan
mata? Kalau aku, aku takkan
biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit…’’
‘’Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih
ni. Dah lah aku meluat
ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan
baik, begini pulak
jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat
Banna, Maziah dan Fika pun
aku nak ajar sekali,’’
‘’Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia
buat,’’ Joe makin mengapi-
apikan kemarahan Fathil.
‘’Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna,
nak?’’
‘’Malam ni? Kenapa lambat sangat…sekarang ni pun
dah boleh belasah ngan
mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang
tengah berasmara tu,’’
Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.
‘’Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti
semester lepas tu ada
makna?’’
‘’Hanif mana ni bang?’’
‘’Alah, Hanif…kawan abang yang hitam manis tu. Dia
tak de rupa sangat tapi
agamanya, insyallah.’’
‘’Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari
tu?! Dia dari Sekolah
Taman Islam jugak ke, bang?’’ Pergaulan yang
terbatas di sekolah itu
menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali
pelajar lelaki. Begitulah
sebaliknya.
‘’Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut
tarbiyyah kat sini. Dia dalam smart
group yang sama dengan abang.,’’
‘’Maziah ingat….zaman kecil-kecil dulu, keluarganya
selalu ziarah rumah kita.
Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut
keluarganya ziarah. Dia tu nakal
masa kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka
kat dia dulu. Dia selalu ejek
Maziah macam-macam,’’
‘’Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan
biasanya baik sikit lah. Kalau
kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no
body is perfect. Kita pun ada
kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita.
Maziah macam mana
sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif
masuk meminang?’’
‘’Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah
bagitahu Maziah awal-
awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap.
Maziah tak kisah siapa pun yang
bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas
dan dia berada di atas jalan
tarbiyyah dan da’wah. Maziah tak pernah pandang
rupa atau kekayaan, Maziah
hanya hajat pada agama dan bimbingannya,’’
‘’Syukurlah, abang gembira dengan jawapan
Maziah….’’
Tiba-tiba…..
‘’Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik,
tapi tak sangka ala-ala setan
jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah
woiii…’’laung Fathil dengan kuat ke
arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa
orang pelajar yang lalu
lalang memandang sinis ke arah mereka dengan
kata-kata Fathil yang lantang
itu. Banna cuba menjelaskan keadaaan. Dia
menghampiri Fathil.
‘’Fathil…dengar sini…’’
‘’Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi
sebenarnya setan….’’
‘’Fathil…’’ Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.
‘’Sudahlah….tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah
terang lagi bersuluh. Nak
buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama
universiti je,’’ Fathil
tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada
Banna selepas memalukan
mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu
meninggalkan mereka terpinga-
pinga.
Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas
menghampiri Maziah.
‘’Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik- beradik,’’
‘’Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam
dan cemburu tak
bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak
baik pada orang lain,’’ luah
Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang
sering mengganggunya saban
hari.
‘’Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata
dakwah. Kasihan lelaki tadi,
mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di
depan matanya tapi kurang
teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan
Maziah dan abang Maziah tadi
memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?’’
Maziah mengangguk.
‘’Kita doakanlah agar orang sepertinya akan
mengenal tarbiyyah dan da’wah bil
hikmah dengan izin Allah,’’ Kata-kata Asiah Yusro
menenangkan hati Maziah.
Dia berzikir memuji Allah.
Banna datang menghampiri adiknya.
‘’Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi.
Mungkin silap kita juga.
Semuanya kerana salah faham,’’ Banna mengingatkan
adiknya. Maziah
tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.
‘’Insyallah, bang! Err, abang…dia lah yang
menghantar kad biru tu. Maziah ada
mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah
kenal dia, ya?!’’ Tanya
Maziah.
‘’Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua
pengawas sekolah kita dulu.
Abang selalu ziarah biliknya,’’ Banna menerangkan.
Di Taman Islam, siapa yang
tak mengenal Umar Al-Mujahid.
‘’Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya,
Umar lah yang membonceng
motor dia?’’ Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah
Yusro berfikir sesuatu.
Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.
(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti
dulu? Hebat dengan tarbiyyah
dan da’wah…). Tak lama kemudian, Asiah Yusro
bersuara,
‘’Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki
tadi sebilik dengan Umar.
Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal
tarbiyyah dan
da’wah,’’
Banna terdiam dengan kata-kata itu.
(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si
Fathil pula yang
membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah.
Na’uzubillah. Astargfirullah,
sangka tak baik kat orang pulak aku ni.
Astargfirullah)
Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak
di dada. Dipecat
baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian,
dia merebahkan badan.
‘’Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah
ke?’’ tanya Umar yang sejak
tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai
berbalas-balas sms dengan Fika.
‘’Aku bengang betul lah!’’
‘’Bengang apa?’’
‘’Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati
dia je koyak kad yang aku bagi.
Siapa tak bengang?’’
‘’Orang dah ada pak we, cari lain je….’’
‘’Huh, tak semudah tu! Ni Fathil…dia belum kenal
lagi siapa Fathil!’’
‘’Kau nak buat apa?’’ Umar ingin tahu.
‘’Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan
aku, kau kena ikut aku,’’
‘’Belasah perempuan?’’ (Gila!) bentak hati Umar.
‘’Bodoh! Belasah pak we dia lah…’’
‘’Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah
orang,’’
‘’Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku
nak belasah betul-betul.
Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut
macam kau! Kau
bayangkanlah, dia sanggup rampas mak we aku dan
sengaja ajak dating depan
mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ‘’
‘’Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau?
Orang rampas awek kau atau
kau yang rampas awek orang?’’ Umar tahu Fathil tak
pernah berjaya tackle
Maziah.
‘’ Kau tahu apa Umar?! Tu lah…asyik gila bersms je.
Kau kena ingat, kau dapat
Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik
balik ngan Fika
dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?’’
Umar akhirnya mengalah.
‘’Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,’’
Fathil menunding jari tepat
ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya
menuju ke kafetaria. Wajah
Banna agak samar dalam cahaya neon yang kurang
terang. Fathil, Umar dan Joe
bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota.
Tatkala Banna melewati
kawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna
dari belakang sekuat hati.
Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh
terpelanting beberapa meter
ke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga
hidungnya berdarah. Gigi
taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang
dengan menyiku belakang
Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ.
Dia menarik kolar baju
Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun
langkahnya mati serta-merta
tatkala terpandang wajah lelaki itu.
Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri
Umar masih kemas
menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya
menggumpal penumbuk.
Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan
meleraikan penumbuknya.
Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk
bangun. Banna
menyambut dan bangun membersihkan debu-debu tanah
di badannya.
(Kau Banna? Ah…kasihan kau!) kesal hati Umar.
‘’Cis, mampuslah korang berdua!’’ Fathil meradang
melihat drama itu lalu cuba
menyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak
pantas mematahkan
serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando
yang dimiliki. Fathil
sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan
membuat tumbukan
tepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula
masuk membantu tetapi
silatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna
walaupun sudah tercedera. Banna
gagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi
sebentar tadi, mungkin
mereka tak berpeluang mencederakannya.
‘’Woii!!’’ seorang Pak Guard yang kebetulan meronda
menjerkah mereka.
Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu
persatu wajah-wajah pelajar
di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat
dengan mereka.
(Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.
‘’Woii. Korang gaduh ye?’’
‘’Tak, kami berlatih taekwando!’’ Fathil berdalih.
‘’Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah
cam ni?’’ Pak Guard
menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya
berdarah. Gigi taringnya
yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah
tercabut kerana terkena
penumbuk Joe.
‘’A’ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa
berlatih kat kolej,’’
tambah Joe.
‘’Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan
perangai student. Tak de orang
yang berlatih sampai berdarah cam ni,’’ Pak Guard
masih curiga lantaran
melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari
hidung Banna. Begitu
juga mulutnya.
‘’Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke
batu tadi. Tak sengaja,’’
Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan
keadaan yang menjadi
semakin tegang.Bukan bohong tapi helah.
‘’Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat
court . Yang korang berlatih
dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh?
Sudah, aku tak nak tengok
korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!’’
Pak Guard meyakini kata-kata
Banna lalu minta mereka segera bersurai.
‘’Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan
kau?’’ api kemarahan Fathil
masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya
tepat dihala ke arah batang
hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun
berlalu pergi.
‘’Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau
nak belasah kawan aku,
hah?’’ Umar menengking Fathil. Joe sedang
mengurut-ngurut lengannya yang
sakit dipulas Banna sebentar tadi.
‘’Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau?
Mesti kau tolak awal-awal.
Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna
ni lah rampas mak we
aku. Pas tu dating depan orang ramai, buat
maksiat!’’
Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia
teringat Banna ada
mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya
ketika akhir pertemuan
mereka petang tadi.
(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa
aku pernah nampak dia. Baru
aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)
‘’Fathil, awak salah faham..’’ Banna bersuara, cuba
menjelaskan keadaan. Fathil
segera memotong.
‘’Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit
macam kau! Maziah tu mak
we aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi
sekali, aku takkan serik
belasah kau,’’
‘’Bodoh! Memang kau salah faham…’’ Umar menengking
lagi. Dia tak dapat
menahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu
sahaja dia meramas-ramas
mulut celupar Fathil yang menuduh Banna
bukan-bukan.
‘’Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala aku
sendiri…’’ Fathil
menguatkan kenyataannya.
‘’Aku pun tengok!’’ tambah Joe.
‘’Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar
dia lah, bukan mak we!’’
Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar
walaupun tak pernah
mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah
sahabat yang terlalu
dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan
keterangan itu. Merah padam
mukanya.
(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?)
Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum
bersurai malah bertikam
lidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk
meronda ke sana lagi sekali.
‘’Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta
maaf. Semuanya kerana
salah faham bukan salah sesiapa,’’ ujar Banna
dengan lembut sambil
menghulurkan tangannya.
(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu
sendiri Fathil dibuatnya. Dia
tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia
menumbuk ringan bahu Joe
untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin
hampir membatalkan
niatnya menegur tatkala melihat adegan Banna
menghulur tangan, kemudian
Fathil dan Joe mula beredar.
‘’Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater
pulak ke?’’ sempat Pak Guard
menyindir sambil berlalu pergi.
Umar merenung wajah Banna.
‘’Banna, cedera nta teruk ke?’’
‘’Sikit je,’’ balas Banna, masih mampu mengukir
senyuman.
‘’Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah
nta pun. Fathil tu yang
memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu,
kalau dah syok kat
perempuan, memang dia usahakan jugak sampai
dapat,’’
‘’Lupakanlah….. Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang
masuk. Ana harap nta
boleh bagitahu Fathil hal ni,’’
‘’ Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak
tahu mereka nak belasah nta
tadi,’’ Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi
melihat sahabatnya berdarah.
‘’Tak per, Umar. Lupakan… Nta juga yang tolong ana
tadi. Terima- kasih! Moga
Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta
akan mengambil
pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk
menyelesaikan masalah. Silap
haribulan, boleh kena buang universiti. Kita kena
berfikir panjang sebelum
bertindak. Hari ni, ana, kawan nta sendiri yang nta
belasah. Esok lusa, kalau nta
belasah orang lain pun, dia juga adalah kawan
kepada seseorang, anak lelaki
kepada seseorang dan abang kepada seseorang.
Fikirkan berapa manusia yang
membenci dan tak meredhai nta kalau nta membelasah
seseorang!!’’ Kata-kata
Banna membuatkan Umar terfikir.
‘’Banna, ana minta maaf!’’ Umar memeluk Banna.
Handsetnya berirama
sekaligus meleraikan pelukannya. Ada mesej yang
diterima.
Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan
lupa pulak! Fika dah tak
tahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika
betul-betul jadi gila tak
menentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye
sayang….luv U!!
Umar serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah
Hanif, Syamil, Hizbi, Faizi
dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata
Banna, mereka seolah-olah
sedang melambai-lambai mengajaknya ke smart group
pada petang esok. Umar
membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan
kuasa cinta Nur Syafika.
‘’Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat
semua. Ana betul-betul tak
boleh pergi smart group,’’
‘’Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu
mengajak. Ana doakan,
Allah permudahkan urusan nta untuk siapkan
assignment nta,. Kalau sempat
siap, nta datanglah. Kejap pun tak per,’ balas
Banna. Mengharap.
****************************************************
Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah
kacak Umar Al-
Mujahid benar-benar membuatkan dia berasa bangga
dapat berjalan di sisinya.
Matanya sentiasa menjeling manja menatap wajah
pemuda itu. Dia cuba
memasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar
namun ditepis oleh Umar.
Suasana di tepi tasik PWTC begitu romantis
dirasakan.
‘’Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!’’ iman
di dada Umar bersuara. Fika
mencebikkan bibir.
‘’Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang
tak senonoh. Fika kan sayang
abang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa
salahnya Fika nak bermanja sikit
dengan abang,’’Fika bersuara manja. Gerak badanya
melentok ke sana- sini
kerana cuba menggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp!!
Tersirap darah
mudanya.Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada
dalam genggaman Fika.
Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi.
Direbahkan pula kepalanya
ke bahu Umar.
‘’Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada
abang, tapi Fika takut
abang marah Fika,’’
‘’Tunjuk apa?’’
‘’Abang kena janji takkan marah?’’
‘’Kenapa abang nak marah pulak?’’
‘’Janjilah dulu sayang…’’
‘’Okey,abang janji takkan marah Fika,’’
Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan
Umar. Kacamata hitam
yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak
terkata apa-apa.
‘’Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik
rebonding. Lurus tak rambut
Fika? Abang suka tak?’’
Gurlp! ‘’Fika, pakai balik tudung tu!’’ arah Umar.
‘’Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?’’ Fika
bersuara merajuk.
‘’Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk
rambut dia pada lelaki. Berdosa!’’
‘’Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga.
Inilah tanda sayang Fika
pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang.
Salah ke Fika nak
bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai
pengorbanan Fika. Abang ingat,
buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan
duit Fika untuk abang. Fika
nak kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang.
Ini bukti cinta Fika, bang!
Tulus cinta Fika pada abang…’’ Umar makin lemas
dihambur kata-kata manis
Fika.Matanya dikaburi warna-warni pelangi yang
indah dalam dunia cinta
ciptaan syaitan. Imannya direntap-rentap dan
ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika.
Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika.
Matanya dipejamkan agar
mindanya boleh terbang menyahut khayalan dunia
cinta Nur Syafika.
‘’Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap
nampak kita,’’ungkapan kata-
kata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda
Umar. Imannya berbisik
lagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan
syaitan.
Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit
rasa berdosa. Dia
memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada
sekumpulan pemuda
sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang
sangat hampir dengan
posisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu.
Umar menjeling sekilas
pandang.
‘’Gurlp! Diorang?’’ Dada Umar berombak kencang
tatkala melihat Banna, Hanif,
Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan
smart group di situ.
Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai
selendang Fika lalu
memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya.
Fika hairan melihat
tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia menyangka
Umar sedang berlawak
untuknya.
‘’Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang
ni!’’ Fika mencubit paha
Umar.
‘’Fika, apa yang kita buat ni berdosa!’’ Umar
bersuara tegas menyebabkan Fika
mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa
bersalah tatkala melihat
sahabat-sahabatnya.
(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati
Umar menaruh harapan. Dia
tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian
lama memerhati gelagat
mereka berdua.
‘’Tapi…ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia
dalam pelukan abang. Fika
sayang abang,’’
‘’Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?’’
Umar tiba-tiba
meradang. Jiwanya takut sekali.
‘’Jom balik!’’ Umar mengajak pulang.
‘’Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak
ajak balik? Fika belum puas
lagi bersama abang!’’wajah Fika penuh keliru.
‘’Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada,
tegurlah Fika, jangan buat Fika
tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan
abang sebagaimana Fathil
tinggalkan Fika. Fika sayang abang!’’
‘’Abang nak balik…’’ Umar berdiri lalu berjalan
meninggalkan Fika.
‘’Abang Umar, pulangkan tudung Fika!’’ Fika
menjerit kuat membuatkan semua
sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar
turut terhenti langkahnya
dan memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka
bertembung.
Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar
yang cuba
menyembunyikan dirinya dengan memakai selendang
perempuan. Dr Azmin
menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka
selendang yang
dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya
bergenang. Ditahan sekuat
hati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang
menghampiri. Fika berdebar
melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya
sambil cepat-cepat berlalu
pergi.
(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari.
Padan muka kau, Umar. Kau
hadapilah seorang diri!)
‘’Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!’’ Umar
meluahkan. Suaranya sebak.
‘’Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap
nampak! Dia berada dimana
sahaja!’’ Dr. Azmin bersuara.
‘’Umar, nta harapan agama, harapan ummah!
Kembalilah mencari hidayah
Allah,’’ Dr. Azmin bersuara lagi.
‘’Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima
hidayah Allah!’’ luah Umar
penuh kesalan.
‘’Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita
ada Allah dalam hidup kita.
Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita.
Kembalilah Umar….kembali
bersama kami,’’ Banna memujuk.
‘’Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai
bila-bila. Jangan sia-siakan potensi
diri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada
nta,’’ lembut kata-kata Hizbi.
‘’Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad
ke-21 yang bertunas di Taman
Islam dulu?’’ Banna mengingatkan saat kegemilangan
Umar, Ketua Pengawas
Sekolah Taman Islam yang berwibawa.
Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata
perangsang untuk menaikkan
semangat Umar agar kembali di atas jalan da’wah dan
tarbiyyah.
‘’Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak
maksiat yang ana buat. Tak
tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah bila
Allah nampakkkan
semula maksiat tu di padang mahsyar nanti,’’ Umar
betul-betul menyesal.
‘’Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia
memang sentiasa ada
kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita hajat
pada tarbiyyah untuk
memelihara diri kita. Kita tak boleh hidup
sorang-sorang di dunia yang banyak
perangkapnya ni. Musang akan cepat menyambar
kambing yang duduk sorang-
sorang,’’ Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi.
Seterusnya Dr Azmin,
Syamil,Banna, Hanif dan Hizbi turut dirangkul erat.
Jiwanya sebak.
(aku bertuah kerana ada sahabat macam korang
semua…Aku bosan dengan
perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan
macam korang. Aku tahu, roh
perjuangan yang aku cuba lari darinya itulah yang
menjadikan korang sebaik
ini…)
*************************************************************
‘’Keluarga Hanif merisik nti? Alhamdulillah…
Bertuah nti kerana akan
dapat sahabat kita nanti. Ana teringatkan kak
Safar, kak Aisyah, kak Husna, kak
Akmal dan kak Farah. Mereka semua sanggup tak
kahwin lagi semata-mata
menanti pinangan sahabat-sahabat kita. Bukan mereka
tak laku, tapi mereka nak
bersama orang yang boleh membawa mereka terus
istiqomah di atas jalan
tarbiyyah dan dakwah,’’ Asiah Yusro tumpang gembira
dengan berita yang
terpancul dari mulut Maziah namun berita itu
membawanya terkenang kepada
beberapa orang sahibah sefikrah yang masih belum
berumah-tangga.
‘’Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal yang
dipaksa kahwin oleh
keluarganya dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan
dalam kalangan sahabat kita
dan kurang pula kefahamannya tentang tarbiyyah dan
da’wah,’’ tambah
Maziah.
‘’Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan
keluarganya sekarang ni,.
Sama-samalah kita doakan dia, Apa yang ana
kesalkan,tak de sorangpun sahabat
yang tampil berkorban untuk selamatkan kak Akmal
sedangkan isu ni dan lama
dibangkitkan,’’ Asiah Yusro bersuara kesal.
‘’Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang luar.
Selalunya, dalam bab a’mal
Islami yang lain kita boleh berpadu kefahaman dan
tindakan tapi dalam bab
memilih jodoh, ramai sahabat yang nak cari sendiri.
Mereka tak nak lagi ambil
Islam secara menyeluruh. Yang cantik je menjadi
pilihan, yang kurang cantik
dipinggirkan,’’ Maziah mencebik bibir. Lipatan
tudungnya dibetulkan.
‘’Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran
daripada hadith yang
menyuruh mereka lebih memandang agama seseorang
gadis melebihi
kecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu akan
pudar dan hilang kecuali
iman si gadis,’’ Asiah Yusro menyokong kata-kata
Maziah.
‘’ Tapi, tak semua sahabat begitu…nak tak nak, kita
kena baik sangka juga
dengan sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang
berjaya bina baitul da’wah
mereka. Kita patut bersyukur kerana kita pun antara
orang yang dilahirkan
daripada baitul da’wah. Malah, berpeluang pula
menjadi bekas pelajar di
Sekolah Taman Islam bersama-sama kebanyakan
generasi semaian baitul
da’wah,’’ Asiah Yusro berbaik sangka.
‘’Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih
sahibah…’’ Asiah Yusra mengusik
Maziah yang kelihatan terdiam seketika.
‘’Astargfirullah! Lagho ana nanti…’’ Maziah
membulatkan mata.
‘’Maaf, ana gurau je..’’ Asiah Yusro tersenyum
manis. Maziah geram diusik. Dia
berfikir sesuatu,
‘’Yusro, nti pun tentu menjadi rebutan sahabat,’’
Maziah pula yang mengusik.
‘’Ish, tak de lah. Siapalah ana….’’ Asiah Yusro
merendah diri.
‘’Alah, bukan ana tak tahu, nti pernah dicuba
sahabat tapi nti menolaknya,’’
Tercengang Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.
(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi, aku
tak pernah menolak. Aku
cuma diam pada risikannya. Jauh di sudut hati, aku
harap dia faham bahawa
diam itu tanda setuju)
‘’Mana nti tahu?’’ dia terkejut bila rahsianya
terbongkar.
‘’Umi nti kan kawan baik umi ana. Umi nti yang
cerita….
Baru-baru ni pun, mas’ulah kita, Dr. Sal ada minta
biodata dan gambar nti, kan?!
Dah tentu ada sahabat yang berkenan kat nti
tu,’’Maziah tertawa kecil melihat
telatah Asiah Yusro yang mula tertunduk malu.
Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana
Umar Al-Mujahid pernah
beberapa kali menghantar mesej untuk merisik
dirinya sebaik sahaja mereka
dipertemukan kembali dalam universiti yang sama.
Tetapi, mesej Umar
terbengkalai tanpa apa-apa jawapan. Bukan Asiah
Yusro tak sukakan Umar Al-
Mujahid, namun dia terlalu terkejut dengan tindakan
berani Umar. Justeru, dia
mengabaikan mesej-mesej Umar begitu sahaja agar
perasaan terkejutnya kembali
tenang. Dia terkejut kerana dirisik oleh sahabat
yang paling dikaguminya di
Sekolah Taman Islam. Malah, dia sering melarikan
diri daripada bertembung
dengan Umar kerana terlampau malu. Hatinya resah.
Memang, Asiah Yusro tak
dapat lagi menipu diru. Dia juga turut merasakan
bahawa hatinya menaruh
harapan terhadap Umar. Namun, hari-hari yang pantas
berlalu, dia terus
disibukkan dengan akademik, Kelab Penulisan,
program-program tarbiyyah dan
da’wah daripada berfikir soal itu. Dia langsung
tidak mengambil tahu
perkembangan Umar di universiti. Asiah Yusro
terlampau menjaga hatinya agar
tidak rosak, sakit dan mati kerana diracuni nama
seorang lelaki. Baginya, cinta
adalah ujian yang paling berat dan besar fitnahnya
di alam remaja. Dia
bermujahadah untuk tidak terjebak ke dalam sumur
buta itu.
(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang…masihkah dia
setia menantiku?
Ahh, ku tepis rindu ini! Aku yakin, dialah orang
yang meminta biodataku dari
Dr. Sal sebab tu aku tak kan tanya Dr. Sal tentang
hal ni. Moga, Allah
memudahkanku untuk membina baitul da’wah idaman
bersamanya…) Asiah
Yusro bermonolog sendiri. Memang sesekali hatinya
tidak dapat mengelak
daripada berfikir tentang Umar.
Maziah menyergahnya.
‘’Tiba-tiba berkhayal, ye?!Fikirkan masa depan?
Jangan bimbang, nti wanita
solehah, tentu mendapat suami yang soleh juga.
Moga-moga di kalangan
sahabat,’’ Maziah mengusik. Dia pula mengimbas
sesuatu. Ibunya berjumpa Dr.
Sal dan ibu Asiah Yusro seminggu yang lepas.
Ibu-ibu mereka berkawan baik
dengan Dr. Sal sejak mereka sama-sama menuntut di
universiti yang sama.
Tujuan mereka adalah merisik Asiah Yusro untuk
abangnya, Hassan Al-Banna.
Namun, ianya diluar pengetahuan Asiah Yusro.Maziah
sudah lama menduga
abangnya menaruh hati terhadap teman baiknya
sebelum abangnya itu berani
menyuarakan hasrat hati kepada ibu. Ibu merekalah
yang telah meminta gambar
dan biodata Asiah Yusro daripada mas’ulah Asiah
Yusro iaitu Dr Sal.
‘’Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang
Umar yang Fika kenali
dulu,’’ Fika terus memujuk rayu. Handset Umar
sentiasa berirama dengan mesej
dan panggilan daripada gadis itu.
‘’Fika, kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali
orang nak cakap,’’
‘’Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni abang
nak tinggalkan Fika?
Abang tak kasihankan Fika? Apa salah Fika pada
abang?’’ terdengar suara
tangisan Fika. Hati Umar terusik.
‘’Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki.
Selepas Fika dah menaruh harapan
tinggi, senang-senang je lelaki nak tinggalkan
Fika. Fika ingat Fika dah jumpa
cinta sejati selepas menemui abang, tapi rupanya
Fika silap. Abang pun sama
macam jantan lain. Abang langsung tak kasihankan
Fika?’’ Umar terus diracuni
pujuk rayu dan tangisan Nur Syafika. Berbisa
sungguh tangisan seorang wanita
di hati seorang lelaki.
‘’Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi, abang
tak boleh terima bila
perhubungan kita ni atas jalan yang salah, jalan
yang Allah tak redhai. Abang
mengakui, abang lemah menghadapi godaan Fika. Abang
tak nak peristiwa
tempoh hari berulang lagi. Fika harus faham, jika
Fika sayangkan perhubungan
ni, Fika kembalilah mencari Allah. Bila hati kita
sama-sama mencari Allah,
barulah kita masih ada peluang untuk hidup
bersama,’’
‘’Abang, bimbinglah Fika,’’terus merayu.
‘’Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita
terbatas kerana kita adalah
mahram. Kalau Fika betul-betul hajatkan bimbingan,
Fika carilah seorang pelajar
bernama Asiah Yusro. Abang yakin dia boleh bimbing
Fika. Kalau tak silap
abang, dia selalu hadiri kuliyah Tazkiyatul Nafs
oleh Dr. Azmin setiap Ahad
malam di department abang,’’
*********************************************************
‘’Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika.
Ana kasihan kat dia. Ana
rasa nak kahwin dengan dia,’’ Umar meluahkan kepada
Banna ketika
menziarahi Banna di biliknya.
‘’Umar, ana tengok nta tak pernah nak berkongsi
dengan mas’ul kita tentang
masalah nta ni tiapkali diadakan smart group. Kejap
lagi Dr Azmin datang.
Masalah nta ni rumit. Nta perlu ada syuur
perkongsian dengan mas’ul kita.
Insyaallah dia boleh bantu,’’. Smart group minggu
ini diadakan di bilik Banna.
Selang beberapa minit mereka asyik berbual, Dr
Azmin pun datang. Mereka
bersalam berpelukan. Tidak lama kemudian Hanif,
Hizbi, Syamil dan Faizi turut
menyusul. Kali ini, Umar berkongsi masalahnya
dengan sahabat-sahabatnya
dalam smart group. Setelah mendengar luahan Umar,
masing-masing tampil
memberikan hujah bernas untuk menolong Umar
menyelesaikan masalahnya.
Umar terharu dengan pandangan-pandangan ikhlas
sahabat-sahabatnya.
‘’Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai.
Perjalanan kita masih
terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat
mardhotillah yang kita
idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah
dalam membina baitul
da’wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah
generasi yang boleh mewarisi
da’wah kita ini,’’ Syamil berhujah matang.
‘’Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita
ramai yang tak kahwin
lagi?’’ Faizi menduga.
‘’Sebenarnya, ana dah cuba tackle sorang sahibah,
tapi dia langsung tak layan.
Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia
terlalu baik untuk ana. Ana ni
siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak
tackle sahibah lagi. Mereka semua
wanita mulia,’’ wajah Asiah Yusro bermain di minda
Umar.
‘’Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada
pengalaman yang nta lalui.
Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah
tu belum terbuka lagi
untuk menerima nta saat tu. Nta patut cuba lagi
dengan perantaraan mas’ul kita
atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro’ dan
boleh diterima olehnya,’’ Banna
menasihatkan.
‘’Ye, kita kena jaga syaro’. Lelaki tak boleh
dekati perempuan dan perempuan
tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah
bertunang sekalipun. Hanya
perkahwinan yang menghalalkan semua tu.’’ Faizi
menyokong. Umar terdiam
seketika.
‘’Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika.
Semuanya setelah ana putus
asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di
Sekolah Taman Islam, tentu ana tak
jadi macam ni,’’ sesalan Umar tidak sirna.
‘’Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti
sebenar diri kita. Kita harus sedar
bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana
seperti di Taman Islam. Di
sinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa
jua suasana yang kita lalui
dan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana
tarbiyyah. Kita tak nak
larut dengan suasana, seterusnya menjadi sembelihan
kepada sistem,’’ Syamil
tak lupa memainkan peranannya.
‘’Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun
dia kata dia nak berubah.
Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta
kena cari sahibah,’’ Hizbi
mengemukakan pendapat peribadinya.
‘’Apa pendapat Dr.?’’ Hizbi bertanya pendapat Dr.
Azmin yang cuma diam
berfikir. Mas’ul sudah tentu banyak pengalaman.
‘’Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana
sebagai mas’ul pun cari
orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula
ada kesedaran tarbiyyah dan
da’wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi
satu dengan seorang sahibah.
Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana.
Alhamdulillah mereka
boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha
mencetak pewaris da’wah
daripada zuriat kami,’’ mas’ul mereka meluahkan.
Mereka semua memandang
tepat anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.
‘’Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju
dengan saranan untuk
mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana
dah lalui, kahwin dengan
orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan
wanita yang tak lalui
tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan
beban da’wah kita lebih
berat dalam baitul da’wah. Tarbiyyah untuk zuriat
kita pun akan turut tergugat.
Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul
semua tu?’’ Dr Azmin berkongsi
pengalaman berharga.
‘’Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita
yang masih tak kahwin.
Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada
terlepas ke tangan orang yang
tak faham tarbiyyah dan da’wah kalau bukan kamu
semua?’’ Masing-masing
terdiam.
‘’Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin
dekat dengan antum.
Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa
kahwin oleh orangtuanya yang
kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya
tak de rupa sangat, tapi
agamanya, Masyallah….. Ada yang sanggup?’’
‘’Ana!’’ serentak Syamil, Faizi dan Hizbi
menyanggupi. Banna, Umar dan Hanif
terdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr
Azmin tersenyum.
‘’Bagus. Ramai yang sanggup. Ramai sahibah yang kan
terselamat jika sahabat
seperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri.
Kita tak boleh memilih
dengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu
nakkan yang cantik dan
pandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan
matlamat kita ketika tu?’’ Dr
Azmin membuka minda mereka.
‘’Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah
tapi…’’ Hanif meluahkan isi
hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia
memendam rasa tidak
puas hati apabila keluarganya merisik adik kembar
Banna untuknya. Banna
mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan
kenyataannya.
‘’Teruskan Hanif….’’ Sambung Banna, penuh minat
untuk tahu.
‘’Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan
dekat Maziah, adik Banna.
Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling
menziarahi, ana selalu ejek
Maziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakai kain
pulak senget. Masa zaman
sekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis tak
suka belajar masak.
Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang tak
pandai masak. Rasa tak
percaya bila ana kena jadi suaminya,’’ Hanif
mengkritik tanpa berselindung.
(Fathil separuh gila sukakan Maziah, dia ni pulak
nak sia-siakan peluang. Entah,
tak faham aku dengan dunia ni!)hati Umar berbisik.
‘’Takkan itu alasan nta untuk menolak seorang
sahibah, tak bersangkut paut
langsung dengan maslahah da’wah. Itu zaman kecil.
Nta pun apa kurang
nakalnya. Nta terlalu banyak berprasangka negatif.
Kalau sekarang ni pun nta
masih tak puas hati dengan sebarang kekurangan
Maziah, nta perlu selidik dan
nta perlu cari jalan untuk menegur secara hikmah.
Ana yakin adik ana boleh
menerima teguran kerana dia seorang wanita yang
ditarbiyyah. Ana boleh
menjadi perantaraan nta dan Maziah,’’ Banna
membetulkan persepsi kolot Hanif
terhadap seorang sahibah. Bukan kerana sohibah itu
adiknya tapi itulah hakikat
yang perlu disampaikan. Dia lebih kenal Maziah.
‘’Ana tahu Maziah tiada kurangnya. Sebenarnya, ana
ada sebab lain. Ana rasa
suka kat seorang sahibah yang ana rasa mustahil ana
boleh dapat dia. Terus ana
rasa tak de mood nak cari sahibah,’’
‘’Nta ni Hanif…kenapa buat kesimpulan sebelum
berbincang. Cepat benar nta
kata mustahil. Nta kan ada mas’ul. Kenapa tak
bagitahu ana? Ana boleh
aturkan,’’Dr Azmin bersuara.
‘’Tak.Ana rasa ana memang tak layak untuk dia. Dia
cantik, ana tak. Dia putih,
ana hitam. Dia….’’
‘’Huh, cantik jugak yang dipandangnya dulu. Itu
suara nafsu nta, Hanif,’’
‘’Maksud ana dia ada segalanya, cukup 4 ciri wanita
yang Rasulullah
sebutkan….malah, kuat pegangan agama dan beramal
dengannya! Ana sedar
ana tak layak untuknya,’’ Hanif membela hujahnya.
‘’Siapa?’’ Dr Azmin ingin tahu.
‘’Asiah Yusro…’’ Hanif tidak segan silu
memberitahu. Mata Banna dan Umar
terbeliak.
(Asiah Yusro???) hati mereka seakan tidak percaya.
Dr. Azmin memandang Banna. Banna sudah terlebih
awal memberitahunya
bahawa dia sukakan gadis itu. Malah, Dr. Azmin
sudahpun berbincang perkara
itu dengan mas’ulah Asiah Yusro iaitu Dr. Sal.
Jam menunjuk tepat angka 11 malam. Kuliyah
Tazkiyatul Nafs yang
dikendalikan oleh Dr. Azmin baru sahaja berakhir.
Mata Fika sejak tadi liar
memerhati Fathil dan Umar yang turut menghadiri
kuliyah itu. Seorang lelaki
yang duduk di sebelah Fathil menarik perhatiannya.
Dia menjeling beberapa kali
wajah lelaki itu dan kemudian menjeling wajah
seorang gadis di sebelahnya.
(Wah, mirip benar! Dah lah sama hensem dan cantik.
Adik beradik kembar ke
ni?) fikiran Fika jauh mengelamun sejak tadi.
Sedikit pun pengisian Dr. Azmin
tidak dihiraukannya. Dia menghadiri program tapi
hatinya tak hadir sama,
akibatnya tarbiyyah tak berjalan.
(Entahlah kenapa aku datang ke sini, mungkin kerana
Umar… atau kerana
Asiah Yusro yang Umar katakan .Aku sorang je yang
pakai seluar. Ni bukan
tempat yang sesuai untuk orang macam aku!!!)
(Eh, nampak intim je Fathil dengan lelaki tu. Kalau
dulu aku kenal Umar kerana
Fathil, kali ni, aku mesti goda Fathil supaya
kenalkan aku dengan lelaki ni pulak.
Bolehlah lelaki ni jadi back up andai satu ketika
Umar tinggalkan aku)
Fathil memang menjadi intim dengan Banna selepas
peristiwa pergaduhan
mereka. Mungkinkah ada udang di sebalik batu atau
hatinya terpaut dengan
peribadi mulia Banna?
Tatkala menyedari pelajar-pelajar yang menghadiri
kuliyah itu mula
bangun beredar , Fika memberanikan diri menegur
gadis di sebelahnya.
‘’Maaf, tumpang tanya. Err, saya Fika. Awak kenal
Asiah Yusro dalam bilik
kuliyah ni?’’ Maziah tersenyum.
‘’Saya Maziah. Asiah Yusro….hah, yang baru bangun
dari kerusi depan tu,’’
Maziah menunding jari. Senyumannya masih tak
lekang. Gembira dapat
menolong.
‘’Oh, yang pakai tudung labuh warna kelabu tu?’’
(Err, macam ustazah!)
‘’A’ah. Jom! Boleh saya kenalkan awak dengannya..’’
‘’Err, tak pe lah. Saya….’’ Fika segan melihat perwatakan
Asiah Yusro. Namun
hatinya mendesak untuk berhadapan.
‘’Alah, jangan risau. Dia baik, jom…’’
(keranamu Umar…) Fika akur dengan ajakan Maziah.
Maziah lantas
mempertemukan Fika dan Asiah Yusro.
Asiah Yusro tersenyum ramah menerima perkenalan
yang tidak disangka
itu. Maziah beredar meninggalkan mereka. Dia ingin
berjumpa abangnya Banna
kerana ada urusan peribadi.
‘’Tak sangka boleh jumpa awak…’’ Fika memulakan
perbualan selepas saling
berkenalan.
‘’Saya pun terharu sebab awak sudi nak berkenalan
dengan saya. Semua ni
aturan Allah. Macam mana awak boleh kenal saya?’’
(Asiah Yusro, unik nama kau. Orangnya pun manis.
Patutlah Umar tak berapa
nak layan aku lagi. Mungkin gara-gara kau,
perempuan perampas!)
‘’Awak kenal Umar Al-Mujahid?’’ Fika bertanya,
mengabaikan persoalan Asiah
Yusro.
‘’Kenal,’’ ringkas jawapannya. Asiah Yusro
kehairanan.
‘’Macam mana boleh kenal?’’lagak Fika bagaikan
seorang peguam sedang
menyoal pesalah di kandang saksi. Nadanya mendatar.
‘’Dia satu sekolah dengan saya dulu,’’
‘’Takkan kenal sebagai kawan satu sekolah je
kot…awak bercinta dengannya?’’
‘’Err…’’ Asiah Yusro teragak-agak menjawab soalan
itu. Pelik!
‘’Mm, awak tak perlu jawab soalan tu. Dari riak
wajah awak pun saya tahu awak
memang bercinta dengannya,’’. Asiah Yusro menafikan
tuduhan yang tidak
berasas itu. Gosip liar ini boleh mencemar nama
baiknya.
(Ya, aku sukakan Umar. Tapi, kami tak pernah
bercinta…)
Fika terus bertindak berani melemparkan tuduhan
yang dicipta oleh mindanya.
Semuanya satu sangkaan semata-mata. Malah,
dihamburkan dengan kata-kata
berbaur fitnah yang menyakitkan. Dia cukup cemburu
dan curiga dengan gadis
itu. Baginya, perempuan yang terpancul namanya di
mulut Umar ini telah
meracuni cintanya. Kehadirannya boleh mengancam
kebahagiaan.
(Cis, kau suruh aku mendapat bimbingan daripada si
perampas ni, Umar?!
Mustahil… Aku tak perlukan bimbingan sesiapa hatta
diri kau sendiripun,
Umar. Aku sudah seronok dengan gaya hidupku. Tak
ada sesiapa berhak
mengajarku!) Fika sebenarnya langsung tidak
berminat untuk mendapat
bimbingan sesiapa. Kata-katanya di hadapan Umar
cumalah madah berhelah
semata-mata. Pada malam itu, Asiah Yusro dijadikan
mangsa untuknya
melepaskan tekanan perasan yang meluat-luat dengan
kerenggangan
perhubungannya dan Umar. Asiah Yusro tenang
menghadapi semua itu.
Walaupun teruk dihina dan dinista namun dia masih
mampu tersenyum kerana
meyakini Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
(Kasihan dia. Entah dari mana didengarnya cerita
yang bukan-bukan ni. Tak
mengapalah, aku yakin Allah sengaja datangkan semua
ni untuk mengujiku.
Ujian itu tanda sayangnya Allah padaku) Asiah Yusro
terus tabah. Hatinya tak
putus-putus berzikir, berbaik sangka dengan ujian
Allah.
(Gila perempuan ni! Kenapa kau senyum pula? Kerana
kau puas merampas
Umar daripada aku? Huh, jangan mimpi lah perempuan.
Umar tetap akan jadi
hak aku)
‘’Bang, Fika terseksa bila abang buat Fika macam
ni. Fika ajak abang jumpa
kejap pun abang tolak. Dah lah tu, abang
jarang-jarang je jawab panggilan Fika.
Abang dah benci Fika ke?’’
‘’Fika, abang nak kembali pada kehidupan bersama
kawan-kawan abang. Abang
rasa lebih tenang bersama mereka. Dulu, abang cuba
tinggalkan mereka tapi
hidup abang jadi tak tenteram,’’
‘’Mereka lebih penting daripada Fika?’’. Umar
terdiam. Sukar bibirnya
melepaskan ucap.
‘’Abang akui, abang tak boleh lupakan Fika,’’
‘’Abang, jawab soalan Fika! Mereka lebih penting
daripada Fika?’’
‘’Ya, Fika!’’ terperanjat Fika dengan jawapan yakin
Umar.
‘’Menyampah! Fika benci abang! Fika benci semua
lelaki! Fika boleh jadi gila
kalau macam ni. Jangan terkejut kalau Fika bunuh
diri…’’
‘’Fika, jangan jadi bodoh! Fika ingat bunuh diri tu
boleh selesaikan masalah?
Berlambak lagi masalah dalam alam barzakh. Fika
cakap, Fika nak berubah dan
perlukan bimbingan. Fika dah cari Asiah Yusro
seperti yang abang suruh?’’
‘’Abang, kenapa Fika perlu cari perempuan tu? Fika
tahu, kawan yang lebih
penting dari Fika yang abang maksudkan tadi ialah
dia. Abang tak perlu
berdalih lagi. Abang sengaja nak sakitkan hati
Fika. Abang suruh Fika mencari
orang yang telah merampas abang dari Fika?! Kalau
Fika cari pun, Fika akan ajar
dia!’’ hati yang sarat dendam tersurat daripada
kata-kata Fika.
‘’Astargfirullah. Fika, tak baik sangka yang
bukan-bukan. Abang cuma berharap
agar Fika boleh menerima bimbingan darinya….untuk
kebaikan Fika juga,’’
‘’Kenapa dia yang harus bimbing Fika? Kenapa tidak
abang?’’
(Perempuan ni sebenarnya belum bersedia ditarbiyyah.
Dia ada niat lain.
Hatinya berajakan nafsu. Ini boleh menjadi hijab
untuknya menerima hidayah.
Dia perlu ada kesediaan hati dan keikhlasan niat)
‘’Fika, Fika perlu ikhlaskan niat kalau nak
kebaikan. Ini bukan nokhtah bidayah
atau titik mula yang betul untuk berubah. Matlamat
tak menghalalkan cara.
Abang tak boleh nak bimbing Fika sebab fitnah bagi
hati abang dan Fika jauh
lebih hebat nanti. Jalan ni tak syaro’. Kita juga
yang terhijab dari hidayah Allah,
rugilah kita!’’
‘’Tapi bang, Fika dah pun berjumpa Asiah Yusro. Dia
tak sanggup terima Fika
untuk dibimbing. Fika ni terlalu kotor pada
pandangannya. Macam-macam
dihinanya Fika. Dia seakan jijik melihat pakaian
Fika. Fika tahu Fika tak semulia
dia, tapi salahkah Fika mengharapkan bimbingannya?
Bang, hati Fika benar-
benar terguris dengan sikapnya. Fika tak nak jumpa
dia lagi. Fika serik,’’ Fika
berbohong dengan esak tangis yang dibuat-dibuat
untuk mencairkan hati Umar.
(Boleh percaya ke perempuan ni?) Umar ragu-ragu.
‘’Bang, kasihanlah pada Fika. Fika benar-benar
ikhlas perlukan bimbingan.
Abang bimbinglah Fika. Fika akan sanggup lakukan
apa saja yang abang suruh.
Kalau abang nak suruh Fika pakai pakaian macam
Asiah Yusro pun, Fika akan
pakai. Fika hanya perlukan bimbingan abang!’’
‘’Ahh, jangan buat sesuatu kerana abang! Semua amal
kena ikhlas kerana Allah.
Kalau Fika nak ubah cara berpakaian Fika pun, perlu
dengan ilmu dan hujjah,
bukan ikut-ikutan atau disuruh orang,’’
‘’Bang, Fika akui Fika jahil tentang semua tu.
Bagaimana Fika boleh berubah
tanpa bimbingan orang seperti abang? Bang,
tolonglah… Fika rasa Fika perlu
sangat-sangat jumpa abang. Fika nak pinjam
buku-buku agama yang abang
miliki. Fika betul-betul nak berubah, bang! Jangan
biarkan Fika hanyut.
Kasihanilah Fika…’’
Pujuk rayu Fika berjaya juga mengusik hati Umar.
Dia tewas untuk kesekian
kalinya. Pertemuan akhirnya diatur dengan Fika.
******************************************************************
(Kenapa rasa tak sedap hati ni? Asyik nampak muka
Banna dan yang lain-
lain je. Ucapan-ucapan aku kat Sekolah Taman Islam
pula, selalu kedengaran kat
telinga ni. Ada apa-apa yang akan berlaku ke nanti?
Allah redho ke tak ni?)
(Alah, aku jumpa Fika pun untuk bantunya pada
kebaikan. Sekejap je. Bukan
nak buat apa-apa yang tak baik)
Hati Umar sedang diperangi bisikan-bisikan antara
syaitan dan malaikat.
Umar mencari-cari kelibat Fika. Kedudukan orang
ramai berselerak di sungai
Ulu Yam menyukarkannya menemui Fika. Sudah setengah
jam Umar menanti.
Dia membuka beg galas yang disandangnya, mencari
handset. Dia ingin
membuat sms kepada Fika. Namun, handsetnya tiada.
(Eh, macam mana boleh hilang?) Otak Umar ligat
berfikir. Dia cuba mengimbas
kembali kali terakhir dia memegang handsetnya.
Memang sah, dia
meletakkannya di dalam beg itu.
(Peliknya…macam mana boleh hilang? Dicuri penyeluk
saku kah?)
(Astargfirullah. Mungkin ini balasan Allah. Handset
tu selalu aku gunakan
untuk tujuan maksiat. Aku dah salah gunakan
teknologi sms. Allah Maha Halus
ujian-Nya, mungkin Dia tak nak aku buat maksiat
lagi….mungkin inilah tanda
cinta-Nya) Umar terkenang akan dosa-dosanya. Di
saat-saat susah begitu, Umar
pantas teringatkan Allah. Dadanya sebak
mengenangkan cinta Allah yang
sentiasa hadir bersamanya walaupun dia cuba
menderhaka lagi. Penyayang-Nya
Allah.
‘’Semakin jauh ku dari-Mu, semakin dekat pula Kau
menghampiri daku…
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih, siapalah diriku di
pandangan-Mu….’’ Lidah
Umar mengungkap sepotong nasyid. Kemudian, Umar
termenung di tepi sungai
Ulu Yam, di atas sebuah batu besar. Dia tidak lagi
terfikir untuk mencari Fika.
Wajahnya kelihatan risau.
(Handset hilang… Pedih menerima satu kehilangan.
Hati jadi sedih. Ahh,
bodohnya aku! Kenapa aku tak merasai kehilangan seperti
ini ketika aku cuba
lari dari hidayah Allah dulu??? Bertahun-tahun
hidupku tak keruan. Aku tak
menyumbang apa-apa untuk agama Allah. Siapa yang
nak bayar harga kerugian
itu? Aku kehilangan rahmat dan hidayah Allah kerana
aku sendiri cuai
menjaganya. Baru aku sedar bahawa aku tak cukup
ikhlas mencari hidayah
Allah di Taman Islam. Hatiku ada hijab. Aku lebih
mendamba cinta Asiah Yusro
daripada cinta Allah. Aku remehkan soal keikhlasan
hati dan mazmumah yang
ada tak sepenuhnya kukikis. Kubiarkan ia bersarang.
Akhirnya, ia merebak dan
meracuni hati.Lalu, Allah asingkan aku dari
rahmat-Nya seketika. Azab rasanya!
Aku lemas dalam lautan cinta buta yang sementara.
Mujurlah, Dia masih sudi
memimpinku kembali. Aku tahu, cinta-Nya padaku tak
pernah bertepi. Cuma
aku yang tak menghargai.Cukuplah…aku tak mahu
kehilangan lagi. Ya Allah,
Kaulah cintaku!) Hati Umar bermadah pilu. Rasa
kehambaan berkunjung
datang. Rahmat Tuhan.
Tiba-tiba…
‘’Uwarghhhhhhhh…..’’ Fika menyakat Umar dari
belakang. Wajahnya ceria.
Pakaiannya seksi menggoda. Rambutnya lurus melepasi
bahu, diwarnakan
perang. Kedua-dua tangannya erat memegang bahu
Umar. Umar segera
menepis kasar.
‘’Hey, tak boleh sentuh lah!’’
‘’Alah, bang! Fika tak sentuh kulit abang pun, kena
baju je,’’ Fika merengek
manja.
‘’Perbuatan tu tetap berdosa! Fika tak takut
Allah?’’suara Umar meninggi.
Setinggi suaranya mengeluarkan arahan sebagai Ketua
Pengawas di Sekolah
Taman Islam dulu. Dia tidak mahu tertewas lagi.
‘’Abang marah Fika? Fika dah tekad, Fika nak bunuh
diri!’’ Fika terus bertindak
melompat ke dalam sungai Ulu Yam dan mula
terkapai-kapai meminta tolong.
Umar panik. Tanpa berfikir panjang, dia terus
terjun untuk menyelamatkan Fika.
Fika memeluk erat tengkuk Umar sambil ketawa
berdekah-dekah.
‘’Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha… Hari tu abang kata
Fika bodoh sebab nak
bunuh diri. Tengok hari ni, abang pun bodoh jugak
sebab percaya Fika lemas.
Sungai Ulu Yam ni ceteklah, bang. Mana boleh
lemas!’’.
Umar tertipu. Dia bertekad untuk bertindak tegas
dengan gadis itu kali ini. Dia
cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Fika.
‘’Biar abang rasakan hangatnya cinta Fika. Fika
takkan lepaskan abang kali ni.
Tak de lelaki yang pernah menang dengan pelukan Nur
Syafika. Ha ha ha ha ha
ha…’’ pelukan Fika semakin erat. Mereka bergelut di
dalam air.
‘’Fika, jangan paksa abang berkasar dengan
perempuan,’’ Umar memberi
amaran.
‘’Abang, jangan tipu diri sendiri. Dengar suara
hati…abang bahagia dipeluk Fika
macam ni, kan?! Ha ha ha ha ha….’’. Umar hilang
kawalan. Dia geram lalu
menampar pipi Fika sekuat hati. Tenaga lelakinya
membuatkan mulut Fika
berdarah. Fika terkesima, terdiam dari tawanya.
Umar segera mencari daratan.
‘’Mulai saat ni, aku tak nak lagi kau ada dalam
hidup aku. Syaitan!’’ Umar
mampu berkata ‘tidak’ kepada nafsunya kali ini.
‘’Abang….’’ Fika menangis teresak-esak. Fika
berlari dari dalam air lantas
mengejar Umar. Pakaiannya yang agak ketat semakin
melekat di badan kerana
basah kuyup. Tergoda iman lelaki.
Fika berjaya mendapatkan Umar lalu dipeluknya kaki
Umar seerat mungkin.
Badannya direbahkan ke tanah. Umar tidak dapat
meneruskan langkah. Dia
tidak sampai hati menolak Fika dengan kakinya. Di
tambah pula dengan
tangisan Fika berjaya melembutkan hatinya daripada
berkasar lagi. Dia
menyesal kerana mencederakan gadis itu. Aksi itu
menjadi tarikan pelawat-
pelawat yang lain. Fika tidak menghiraukan
mata-mata yang asyik memerhati.
Dia masih menangis dan terus memujuk rayu.
‘’Fika, abang minta maaf kerana tampar Fika. Abang
tak patut buat macam tu!’’
Umar melembutkan suara.
‘’Abang, Fika tak kisah semua tu. Kalau abang nak
bunuh Fika sekalipun, Fika
akan menyerah diri. Fika cuma sayangkan abang.
Abang, dengarlah suara hati
Fika ni, Fika cintakan abang….’’ tangisan Fika
terus berlagu hiba.
(Ahh, aku kena kuat untuk berkata ‘tidak’)
‘’Fika, bangunlah….’’ Fika akur dengan suruhan
Umar. Hatinya menyangka
Umar telah termakan pujukan.
‘’Fika, dengar sini…abang terpaksa buat dua pilihan
antara cinta Fika dan cinta
Allah. Abang memilih cinta Allah! Abang harap,
abang akan bebas dari
bayangan Fika. Abang tak nak jumpa Fika lagi.
Cukuplah dengan dosa-dosa kita
selama ni. Pesan abang yang terakhir,
ingatlah….cinta Allah takkan
mengecewakan!’’ Umar berlalu meninggalkan Fika.
Tangisan Fika semakin teresak-esak kedengaran.
‘’Bang Umar, sampai hati abang! Fika tetap
sayangkan abang sampai bila-bila…’’
laungan Fika tersekat-sekat dalam esak tangisnya.
Umar memejam mata
seketika. Hati Umar sangat simpati terhadap Fika.
(Ah, tidak! Tidak! Tidak!) nafsunya dibantah tegas.
Kakinya laju melangkah
tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.
‘’Abang, Fika perlukan abang. Fika cintakan
abang…’’ Fika menjerit tak keruan.
Bagaikan orang gila lagaknya. Tiba-tiba langkah
Umar terhenti. Perlahan-lahan
dia menoleh ke belakang. Kakinya melangkah kembali
kepada Fika. Adakah
Umar kan tewas lagi?
Fika tersedu-sedan melihat Umar berpatah balik
menuju ke arahnya. Bibirnya
cuba mencipta senyuman. Air mata yang laju membanjiri
pipi cuba ditahan.
‘’Abang, Fika tahu abang kan kembali pada Fika.
Cinta kita cinta sejati… Fika tak
nak kehilangan abang lagi,’’ Fika terharu.
Tangannya dibuka untuk menyambut
kepulangan Umar ke sisinya.
‘’Abang…baliklah pada Fika. Fika cintakan abang!’’
lidahnya terus merayu.
Langkah Umar semakin menghampirinya. Fika
memejamkan mata dan tanganya
masih terbuka supaya Umar boleh masuk ke dalam
dakapannya.
‘’’Fika, buku-buku ni untuk Fika! Selepas ni, abang
langsung tak mengenali
Fika yang buruk perangainya seperti ini. Abang
harap Fika boleh berubah
menjadi Nur Syafika yang baru. Carilah cinta
Allah…di situlah Fika kan temui
cinta sejati yang Fika cari-cari selama ini…’’
selepas itu langkah Umar tidak
terhenti lagi.
‘’Arghhhhhhhhhhh. Abang…..Fika cintakan abang!’’
Fika menjerit sekuat hati.
Dilemparkan semua buku-buku pemberian Umar ke dalam
sungai. Umar tidak
menghiraukan.
(Langkahku kali ini langkah Mujahid, pantang
berundur! Ya Allah, terima kasih
kerana memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang
pernah Kau berikan
kepada Yusof menghadapi Zulaikha. Aku memang hajat
pada tarbiyyah
berterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia ini
terlalu dusta dan
menggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh menyelamatkan
aku dari murka-Mu. Ya
Allah, aku takut mengahdapi ujian hari esok.
Tolonglah berikanku kekuatan,
aku tidak mahu tewas lagi. Aku berjanji takkan cuba
meninggalkan jalan
tarbiyyah dan da’wah ini seperti dulu. Cukuplah
sekali aku pernah tertipu dek
nafsu. Akan kuperangi suara nafsu habis-habisan
sebagai seorang mujahid
laksana garangnya Umar di medan perang. Akulah Umar
Al-Mujahid!)
‘’ Umar, Dr. Sal kirim surat kat nta,’’ Banna
menghulurkan sepucuk surat.
Selepas itu dia masuk ke compartment Fathil dan
rancak berbual-bual.
Persahabatan Banna dan Fathil makin erat terjalin
saban hari. Umar
mengkeriukkan dahi. Keningnya diangkat. Dia membuka
lipatan surat itu
dengan berhati-hati.
(Apasal pulak Dr. Sal tulis surat kat aku?)
KEBABASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU
Kau maukan seseorang
Memenuhi hatimu
Kerana kini kau bebas tidak seperti dulu
Dulu kau disekat dijaga
Maka kau pun boleh jaga juga
Tetapi kini kau bebas
Tak boleh jaga nampaknya
Satu demi satu tersungkur
Atau sekurang-kurangnya tumbang
Atau sekurang-kurangnya kecundang
Tidak ramai yang boleh jaga
Cinta bermaharajalela
Tiada tujuhala
Ingatlah kau dari sekolah mana
Sbt sbh mempunyai harapan yang tinggi
Kami mempunyai impian
Yang kami mahukan kamu semua memahaminya
Kami mahukan anak-anak semua
Meneruskan kegigihan kami
Menegakkan kalimah itu
Jangnlah leka nak
Janganlah kau ikutkan nafsu nak
Kau belum tahu penanganan dunia ini
Bukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah
itu
Telah lupakah kau?
Semuanya?
Kan belum lama kau keluardarinya
Di merata tempat
Disana sini
Ramai wakil-wakil kami
Yang ingin membantumu
Apakah responmu semua?
Positivekah?
Atau kau yang mengelak?
Hati Mama luka
Jika kau tidak memikirkan DIA
Dalam melayani nafsu muda yang menggila
Mama lakukan yang terbaik
Kerana mencari kerethoan NYA
Anak-anak Mama tentu lebih faham dari Mama
Kerana Mama tidak belajar di sekolah itu
Anak-anak Mama sayang
Letaklah DIA dalam hatimu
Penuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYA
Bukan cinta kepada dia yang sementara
Yang digelar infatuations
Tidak bermakna
Cinta kepada dia
Jika membelakangkan DIA
Mama Sal…
Umar menelan liur. Sajak itu tembus menusuk kalbu.
‘’Terima kasih Mama…’’ hatinya mesra dengan
panggilan itu buat seorang
mas’ulah yang amat dikagumi. Umar menatap lagi
sajak itu. Kemudian dia
melipat helaian itu dan dimasukkan ke dalam sampul.
‘’Eh, masih ada tulisan lain?’’ dia mendapati di
dalam sampul itu masih terselit
satu lipatan kertas.
Umar membuka lipatan itu. Hatinya berdegup
kencang….
Assalamualaikum…
Akhi Umar Al-Mujahid yang ana hormati,
Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan
prasangka. Semoga, setiap
patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan.
Baru-baru ini, ana didatangi seorang gadis bernama
Nur Syafika selepas
selesai kuliyah Dr. Azmin. Dia mendakwa ana telah
merampas nta daripadanya.
Ana keliru denagn kenyataanya dan ana yakin nta pun
akan turut keliru. Hanya
Allah dan kita berdua yang tahu hakikat sebenarnya
kita tak pernah bercinta.
Jiwa ana dapat merasakan bahawa gadis itu terlalu
mendalam cintanya
kepada nta. Ana takkan sesekali menghalang jika
dialah pilihan terbaik untuk
nta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing
mempunyai misi baitul
da’wah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana
mendoakan nta dimiliki oleh
seorang sohibah yang faham tarbiyyah.
Justeru, ketahuilah…
Ana menghargai kehadiran risikan nta dalam hidup
ana. Ana tak sangka diri ana
mempunyai tempat di hati nta. Entahlah samada
tempat ana itu telah sedia
dipenuhi yang lain atau tidak. Bagi pihak ana, dari
dulu sampai sekarang,
keyakinan ana kepada agama nta tak pernah berubah.
Maafkan ana kerana
terlalu lama membiarkan nta dalam penantian. Ana
takut pada maksiat hati
yang bakal mendatang andai terlalu cepat memberi
jawapan. Kini, ana telah
bersedia. Ana sedia dipetik….
ASIAH YUSRO.
Umar membaca surat itu berulang kali. Dia bagaikan
tidak percaya. Setelah
bertahun-tahun lamanya, baru sekarang Asiah Yusro
memberi jawapan untuk
risikannya. Selama ini, Asiah Yusro benar-benar
membuatkan dirinya terseksa
dibebani beribu persoalan dan penantian.
Sehinggalah baru sekarang
penantiannya berakhir. Dalam menanti jawapan itu,
dia pernah tersungkur di
pintu cinta Nur Syafika. Nur Syafika menjadi
penawar untuk mengubat beban
penantiannya. Namun, cinta Fika mencampakkannya
jauh dari hidayah Allah.
Jiwanya sering diburu bisikan-bisikan iman yang
masih berbaki. Bisikan itu
merupakan kesan daripada tarbiyyah yang pernah
dilalui di Taman Islam. Suara
iman itulah yang menyelamatkannya daripada terus
kehilangan hidayah Allah.
(Ya Allah! Cinta-Mu tak mengecewakan… Kau terlalu
Maha Penyayang. Aku
yakin, kehadiran cinta Asiah Yusro adalah tanda
hadirnya cinta-Mu. Aku hamba
yang derhaka namun Kau tak putus-putus memberikan
rahmat-Mu. Ya Allah,
layakkah aku yang penuh dosa ini untuk insan
semulia Asiah Yusro? Sedangkan
Hanif merasakan dirinya tidak layak, inikan pula
diriku? Asiah Yusro, kau
bintang agama sedangkan aku, lumpur yang hina. Aku
masih merangkak
mencari kemulian seperti mana yang kau raih di
sisi-Nya. Hatiku milik siapa?Ya
Allah, hatiku milik-Mu!)
‘’Bang Fathil, Fika nak tanya sikit…’’ Fika berjaya
mencari nombor baru
handset Fathil setelah puas mencuba pelbagai cara.
Akhirnya, dia
mendapatkannya setelah memujuk Joe.
‘’Kau nak tanya apa lagi Fika? Kita dah tak de
apa-apa…’’ keluh Fathil.
‘’Abang masih sayangkan Fika?’’Fika cuba memujuk
Fathil.
‘’Aku tak berminat dengan perempuan murahan. Kau
ingat aku tak tahu kau
pernah puaskan nafsu kau dengan berpuluh lelaki?
Aku menyesal kerana
libatkan kawan aku sendiri menjadi mangsa kau,’’
Fathil bertegas. Ketika itu,
Umar masuk ke compartment Fathil sambil membawa
sebuah majalah Haluan.
Apabila melihat teman sebiliknya itu sedang
bercakap melalui telefon, dia keluar
dan kembali masuk ke compartmentnya.
‘’Abang, itu dulu. Fika dah berubah. Bagilah Fika
peluang. Fika dah kecewa
dengan cinta Umar sebab jiwa Fika tetap rindukan
abang. Bang Fathil tetap satu-
satunya lelaki di hati Fika,’’ madah berhelah Fika
cukup beracun.
‘’Sudahlah Fika. Aku dah cukup muak dengar tu
semua. Aku tak nak lagi jadi
lelaki bodoh yang boleh terpedaya dengan kau. Perempuan
murahan!’’ Fathil
semakin matang.
‘’Woii, jaga skit mulut kau tu Fathil! Kau ingat
kau tu mahal sangat? Aku
sebenarnya tak ingin pun dengan kau. Aku dah muak
dengan perangai playboy
kau tu. Saje je nak test tadi…’’. Fika pula yang
mengenakan Fathil.
‘’Dah puas cakap? Ada apa-apa lagi?’’ Fathil
menyindir. Fika menarik nafas
panjang-panjang.
‘’Err, izinkanlah Fika tanya sesuatu…’’ suara Fika
kembali dilunakkan.
‘’Fika janji ini soalan Fika yang terakhir, Fika
takkan ganggu kau err abang lagi
lepas ni,’’ .Fathil terfikir seketika.
‘’Boleh percaya ke dengan janji kau!’’
‘’Sumpah, bang. Ni soalan terakhir Fika!’’
‘’Apa dia?’’
‘’Err, boleh Fika tahu serba sedikit tentang lelaki
yang duduk sebelah abang
malam tu. Alah, malam kuliyah Dr. Azmin tu?’’ Fika
ingin mencuba mangsa
barunya. Fathil ketawa menyindir.
‘’Fika, aku nasihatkan kau bertaubatlah….kau tak
bosan hidup jadi playgirl ke?
Aku dah bosan jadi playboy…tak de faedahnya!’’
Fathil sudah pandai memberi
nasihat.
‘’Eh, siapa kau nak ajar-ajar aku? Mak bapak aku
pun tak ajar, kau memandai
pulak suruh orang bertaubat…’’. Fathil mengakhiri
perbualan dengan tiba-tiba.
Malas dilayannya lagi gadis itu. Dia masuk ke
compartment Umar. Dia tahu
Umar masuk ke biliknya tadi untuk mengajak berbual.
Fathil menceritakan
gelagat Fika yang merimaskannya. Umar cuma
mendengar tanpa menyampuk.
Kemudian, Umar menyerahkan majalah Haluan kepada
Fathil.
‘’Tadi kat café, aku jumpa Banna. Dia kata nak
datang sebab nak hadiahkan kau
buku ni, tapi tiba-tiba dia ada urusan lain pulak.
Dia kirim kat aku je lah,’’
‘’Majalah apa ni? Tak pernah pun aku dengar…’’
‘’Ini majalah kegemaran Banna. Isinya boleh
membantu membina peribadi
Muslim,’’
‘’Patutlah Banna baik. Aku memang tak pernah jumpa
orang baik macam dia,’’
‘’Habis tu, aku ni tak baik?’’ Umar mengacah.
‘’Kau? Masa mula-mula aku kenal kau, aku ingat kau
waro’ tapi rupa-rupanya
gila-gila macam aku jugak. Sekarang ni, aku tengok
kau jadi waro’ balik. Aku
pun tak faham dengan kau,’’ Umar tersenyum. Fathil
yang dikenalinya dulu
juga banyak perubahan sejak dia intim dengan Banna.
Memang benar, seorang
kawan terlalu mempengaruhi hidup seseorang. Sebab
itulah Rasulullah
menyuruh berhati-hati memilih kawan.
‘’Oh, ya. Banna juga kirimkan kad jemputan kahwin
ni,’’. Fathil mencapai kad
wangi yang diserahkan oleh Banna. Dia mendengus.
Umar faham perasaan
Fathil ketika itu lalu mengalih topik perbualan.
‘’Fathil, cuba kau tengok sajak kat cover belakang
majalah tu. Aku sukalah…’’.
Fathil lantas membelek.
Puas sudah,
Kucari kebahagian,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…
Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman
Khazinatul Asrar, Taman Islam.
‘’Umar, aku pun suka…’’ Fathil berkeringsing. Kali
pertama dalam hidupnya
menyukai sajak. Sebelum ini, baginya, sajak terlalu
puitis, sesuai untuk jiwa
perempuan sahaja.
‘’Nti dah sedia menerima rombongan meminang minggu
depan?’’ Asiah
tertunduk malu dengan soalan Dr. Sal. Wajah solehah
seorang mas’ulah di
depannya tak berani direnung.
‘’Insyallah!’’ Ringkas jawapan Asiah Yusro.
‘’Ana dengar, sebulan bertunang nti akan terus
kahwin. Umi nti yang cakap.
Baguslah tu! Bertunang lama-lama pun banyak
mudhoratnya,’’
‘’ Dr. Sal, janganlah sentuh hal ni lagi. Ana malu.
Dengan umi pun ana malu nak
bualkan hal ni. Biarlah hal ni menjadi hal orang
tua. Ana pasrah saja…’’ pipinya
menjadi kemerah-merahan.
Tepat seperti hari yang dijanjikan, Asiah Yusro
kelihatan berseri-seri
mengenakan baju pertunangan serba pink. Tudung
labuh kain satin dengan
jubah potongan moden menjadi pilihan umi. Nampak ringkas
tapi tetap
menawan. Terserlah gaya anggun seorang muslimah di
hari bahagia. Menutup
aurat dengan sempurna pun masih nampak
jelita.Pakaian Islam tak pernah
lapuk menyusuri zaman.
Hati Asiah Yusro kian dilanda debaran.
Sanak-saudara dan jiran-jiran terdekat
sudah siap sedia menyambut ketibaan.
(Ramai sangat tetamu yang umi jemput padahal ni
majlis tunang je. Tak pe lah,
apa salahnya meraikan semua jiran dan
sanak-saudara)
Tidak lama kemudian, tujuh buah kereta tiba di
perkarangan rumah Asiah
Yusro. Rombongan lelaki itu disambut dengan
solawat. Debaran makin
bertambah apabila umi dan kakak mula memimpinnya
keluar daripada bilik.
Ruang dalam rumahnya sudah dipenuhi rombongan
lelaki.
Asiah Yusro mengangkat wajah mencari Maziah. Maziah
memberitahu bahawa
dia akan datang bersama rombongan lelaki. Tatkala
itu, dia bertembung mata
dengan Umar Al-Mujahid yang duduk di tepi Hassan
Al-Banna dan Dr. Azmin.
Fathil pun ada sekali. Cepat-cepat dielakkan
pandangannya.
(Astargfirullah. Aku dan dia tak kahwin lagi, mana
boleh main-main mata.
Mungkin dia pun tak sengaja. Astargfirullah)
(Hah, itu pun Maziah disisi Hanif. Wah, makin ceria
lepas balik berbulan madu
di Mekkah. Tak sangka dia mendahului abangnya.
Fathil tentu pasrah…) Asiah
Yusro gembira dapat melihat temannya di celah
rombongan lelaki. Inilah kali
pertama dia bersua muka selepas Maziah berumah
tangga.
Sejurus kemudian, wakil keluarga Banna tampil
menyuarakan hasrat
menyunting mawar di taman larangan. Suasana ceria
ketika itu. Namun, Asiah
Yusro terkejut besar.
(Kenapa ayah Maziah yang melamar, kenapa bukan ayah
Umar Al-Mujahid?)
Baru sekarang dia tahu bahawa rombongan meminang
itu adalah daripada
keluarga Banna bukan Umar seperti sangkaannya. Air
matanya menitis tanpa
disedari.
(Umar, sekian lama kutepis rindu ini. Kunantikan
syariat menghalalkan untuk
kuluahkan segala kerinduan. Hatiku milikmu, Umar!)
Hatinya pedih merintih.
Dia cuba mengumpul segenap ketabahan namun tidak
terdaya. Air matanya
terus membanjiri pipi. Asiah Yusro sudah jatuh
cinta. Cinta yang kudus
terpelihara untuk Umar rupanya bukan milik Umar.
Sukar untuknya menelan
pahitnya realiti. Air matanya meluahkan segala…
‘’Bagi pihak kami, insyaallah tiada halangan. Tapi,
kena tanya juga empunya
diri,’’ suara ayah Asiah Yusro kedengaran bersulam
keceriaan. Semua mata
beralih fokus kepada Asiah Yusro. Senyuman yang
tadinya ceria sudah pudar di
wajah itu. Air mata Asiah Yusro memberi jawapan.
Namun mempunyai dua
tafsiran di minda tetamu, sedih atau terharu.
Wajahnya diangkat dan
memandang Umar Al-Mujahid seketika. Ada sinar
pengharapan di matanya.
Kemudian dia menunduk lagi, melayan murahnya
tangisan. Hati Umar terusik,
jiwanya bergetar.
(Tidak!Tidak!Tidak! Aku mesti ada kemampuan berkata
tidak! Maafkan aku
Asiah Yusro. Aku memang tak layak untukmu. Kau
memang bertuah kerana
bakal dimiliki oleh Banna, lelaki soleh yang
kukagumi. Pilihan Allah Maha Adil
untukmu. Banna 1000 kali jauh lebih baik dariku)
‘’Perempuan ni, bila diam tanda setuju, bila
menangis tanda terharu. Tapi,
berkatalah walau sepatah samada suka atau tidak,’’
mudah ayah Asiah Yusro
mencipta pepatah. Hati umi Asiah Yusro pula
dirundum resah melihat keadaan
puterinya. Jiwa seorang ibu lebih memahami emosi
anaknya. Itu teori psikologi
yang banyak dibuktikan oleh realiti.
(Takkan tangisan terharu sampai cam ni sekali. Ish,
pelik!)
‘’Kalau malu, bolehlah berbisik kepada umi. Setuju
ke tidak?’’ ayahnya bertanya
lagi. Dia berusaha mengekalkan keceriaan suasana.
Namun, tangisan Asiah
Yusro mula berlagu hiba bila soalan itu ditanya
lagi. Semua tetamu kehairanan.
Ayah Asiah Yusro juga baru dapat menduga kelainan
anaknya. Sebelum ini, bila
ditanya soal perkahwinan, anaknya itu sering
mengelak dan menjawab ringkas,
’’ Yusro pasrah je. Tak kira lah siapa yang masuk
dulu…’’
Asiah Yusro sedar dia mencipta persoalan. Persoalan
yang menyebabkan semua
orang keliru. Persoalan yang pernah menyiksa hidup
Umar suatu ketika dulu.
Sebaknya cuba ditahan. Dia tak berdaya lagi menahan
sedu-sedan, irama sebuah
tangisan. Dia tak tahu apa yang harus dilakukan
dalam situasi begitu. Baginya,
ini soal hidup dan mati, rumahtangga yang bakal
dibina bukan barang
mainan.Dia bingkas, melangkah sopan masuk ke
biliknya. Suasana bagaikan
dipukau seketika. Suspen sekali…
’Err, mungkin saya kena betulkan kata-kata tadi,
perempuan bila diam, kita
masih tak tahu, bila menangis, mungkin tanda tak
setuju…’’ sempat ayah Asiah
Yusro berlawak. Tetamu disekitarnya ketawa kecil.
Pandai dia menghidupkan
suasana. Banna memandang Umar penuh tanda tanya.
‘’Umar, dia pandang nta tadi.Mungkin hatinya untuk
nta. Kalau antum berdua
sudah suka sama suka, ana rela gantikan nta di
tempat ana. Ana takkan
menyesal, malah ana akan bangga dapat menyatukan
dua hati yang bercinta
kerana Allah,’’ Hassan Al-Banna cekap mentafsir
suasana. Umar terdiam.
(Ah, baiknya kau Banna!)
Sementara Asiah Yusro cuba melawan perasaan sedaya
upaya. Air matanya
tumpah juga, tak henti-henti. Dia perlukan
ketenangan. Penawarnya ada di sisi.
Al-Quran tafsif dibukanya dengan memejam mata. Mata
yang makin sarat
dengan tangisan. Air mata itu terus menitis laju
membasahi satu ayat di dalam
al-Quran. Asiah Yusro mengesat air matanya yang
menodai lembaran suci al-
Quran. Baris ayat yang basah itu memikatnya. Dia
membaca ayat itu berulang
kali sambil diperhati oleh umi yang berada di sisi,
menemani.
(Masyallah. Indahnya ayat 216, Surah Al-Baqoroh
ini. Kurasakan seolah-olah
Allah sedang berinteraksi denganku. Mungkin, inilah
keajaiban al-Quran.
Terima- kasih Tuhanku, Kau hadir saat aku
memerlukan.Ku pasrah pada
ketentuan-Mu. Dengan cinta-Mu, Kau akan beri yang
terbaik untukku. Aku
yakin dengan-Mu Tuhan. Hatiku milik-Mu) Resah di
hati Asiah Yusro terubat
sudah. Allahlah teman yang menghiburkannya.
Umi keluar dengan wajah ceria. Hampir sejam tetamu
menanti. Masing-masing
masih tercengang, tertanya-tanya. Namun, tiada
seorang pun yang bangun
mengundur diri. Semuanya bagaikan sabar menanti
bagaimana episod itu akan
berakhir. Sebentar kemudian, Asiah Yusro keluar
dengan wajah yang tenang.
Tangannya mendakap al-Quran. Tiada air mata lagi
bersisa di kelopak mata.
‘’Yusro, kalau tak setuju, katakan tidak. Abi dan
ummi takkan sesekali
memaksa,’’ Ayahnya cuba mendalami perasaan puteri
tercinta. Asiah Yusro
tidak memberi sebarang jawapan. Dia sedang
mengumpul kekuatan untuk
berbicara.
Tiba-tiba Banna memecahkan kesunyian.
‘’Maafkan saya. Mungkin kita boleh lupakan
rombongan pinangan yang tadi.
Anggaplah saya datang sebagai rombongan kedua untuk
menyunting si mawar
berduri yang mekar di Taman Islam rumah ini buat
Umar Al-Mujahid,’’. Berani
Banna menyusun bicara. Umar sendiri terkejut dengan
tindakannya.
‘’Bagaimana di pihak perempuan?’’ ayah Asiah Yusro
memandang anaknya
sarat harapan. Moga-moga, lamaran kedua ada
jawapannya.
‘’A’uzubillahi mina syaitonirrojim. Boleh jadi kamu
membenci sesuatu, padahal
ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui,’’ Asiah Yusro
membacakan kembali tafsiran ayat 216, Suroh
Al-Baqoroh. Allah telah
memberikannya jawapan.
‘’Abi, Yusro terima lamaran Hassan
Al-Banna,’’jawabnya. Namun, jawapan itu
masih sarat tandatanya.
‘’Pinangan pertama untuk Hassan Al-Banna. Pinangan
kedua, dari Hassan Al-
Banna untuk Umar A-Mujahid. Yang mana satu maksud
diberi?’’ayahnya minta
kepastian. Asiah Yusro terdiam lagi. Beratnya
menjawab soalan itu. Oh, Tuhan!
Dia menatap sekali lagi ayat 216. Jiwanya nekad
membuat pilihan,
‘’Hati saya rasa, Allah ingin jodohkan saya dengan
Hassan Al-Banna…’’ Asiah
Yusro tertunduk malu selepas membuat pengakuan itu.
Berakhirlah sebuah
episod tanda tanya…
‘’Alhamdulillah..’’ suasana ceria kembali. Majlis
pertunangan kembali berjalan
lancar. Kata-kata Asiah Yusro sangat berbekas di
hati Umar. Biarlah ia
meninggalkan parut kenangan buat selamanya.
(Pergil;ah…pergilah cinta Asiah Yusro! Aku tak
perlukan cintamu. Ya Allah,
hanya Kau yang kudambakan bukan sesiapa di kalangan
makhluk-Mu. Hatiku
hanya milik-Mu) Umar memujuk hatinya agar tenang
menerima suratan. Luka
lamanya membengkak kembali. Dia cuba menyembunyikan
segala kepedihan
dan kekecewaan di hati. Cinta Fika sesekali
melambai datang, ditepisnya sejauh
mungkin. Cinta Asiah Yusro yang menjadi idaman,
hadir ketika dirinya teraba-
raba mencari jalan pulang.
(Cukuplah selama ini aku telah banyak menzalimi
diri sendiri. Asiah Yusro tak
patut dimiliki orang sepertiku. Potensi da’wahnya
akan terhalang! Demi Islam,
kuredho kau bukan milikku. Ku sedar, sekalipun kita
tidak berada di atas
penyatuan cinta namun kita tetap berada di atas
penyatuan cita-cita. Ya, kita
takkan selamanya rebah dalam kemelut rasa. Kita
akan sama-sama bangkit
kembali memikul beban tarbiyyah dan da’wah yang
sarat perjuangan ini )
‘’Umar, sohibah tu lah yang dipaksa kahwin oleh
keluarganya. Kasihan
dia. Usianya dah menjangkau lebih 30 tahun. Ibubapa
mana yang tidak risau?’’
Dr. Azmin mematikan lamunan Umar. Tangannya
menunjuk kepada seorang
sahibah. Mata Umar melirik kepada arah yang
ditunjukkan. Seorang sahibah
berwajah gelap dengan pipinya dipenuhi parut-parut
bekas jerawat, sopan
bersimpuh di satu penjuru. Tudung labuh dan
jubahnya tetap memikat kalbu
daripada kacamata iman seseorang.
‘’Dia wanita yang ditarbiyyah, wanita mulia!
Layakkah dia untuk ana?’’ Umar
berbisik kepada Dr,Azmin.
‘’Umar, selamatkanlah dia….’’ Balas Dr. Azmin
menyebabkan Umar tersenyum,
senyuman yang tersirat makna.
‘’Err, saya pun boleh jadi hero penyelamatnya,’’
terjulur kepala Fathil yang tiba-
tiba muncul di celah Dr. Azmin dan Banna. Mereka
tersenyum ceria.
(Fathil tak pandang kecantikan lagi ke? Mungkin
imannya dah boleh berbicara)
Umar Al-Mujahid takjub dengan kuasa iman. Iman
mengubah hati insan,
menjadikan pemikiran seseorang tunduk pada
kebenaran. Jalan tarbiyyah dan
da’wah ini lah yang banyak memberi bekalan iman,
(Cinta tarbiyyah da’wah,hatiku milikmu!)
Digitally
signed by Muhammad
Muhamma
d
Hafiz
Adam
Hafiz Adam
DN: CN = Muhammad Hafiz
Adam, C = MY, O = Cairo
University, OU = Faculty of
Medicine
Reason: I am approving this
document
Date: 2007.03.28 11:40:12
+02'00'
|
